Monday, May 9, 2011

KeK BuaH ^_^


Bahan-bahan :-
a) 200gm tepung naik sendiri (saya guna Blue Key)
b) 200gm butter
c) 160gm gula kastor
d) 4 biji telur (buang pusat telur)
e) 300gm mix fruit digaul dengan sedikit tepung gandum (saya guna jenama Silver Bird) 
f) 1 sudu teh esen vanilla


bahan-bahan yg diperlukan

pukul butter & gula hingga kembang

setelah menjadi adunan lengkap

sudukan kedalam kertas acuan 


Cara-cara :-
1. Pukul butter & gula hingga kembang. (putih)
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan telur 1 per 1 & kacau rata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & kacau hingga sebati. 
5. Masukkan semua buah-buahan & kacau sebati.
6. Sudukan adunan kedalam cup kertas. (alas dengan muffin tray)
7. Bakar selama 15 minit @ hingga masak pada suhu 130C. (saya guna oven dapur gas)


Note :- 
a) Beberapa kali cuba mix fruit jenama lain tapi hasilnya tidak sesedap silver bird. 
b) Kenapa buang pusat telur? Nak mengurangkan bau hanyir telur. 
c) Setiap oven tak sama kadar kepanasannya, so kena la adjust sendiri.

# Kalau nak buat kek buah kukus pun boleh guna resipi ni tapi pastikan mix fruit digaul dengan sedikit tepung untuk elak buah berkumpul kat bawah bila masak & kena kukus selama 4 jam...

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...