Friday, May 27, 2011

Puteri Mandi

lama betul tak buat bubur puteri mandi ni sampai la satu petang tengah syok-syok ber"blogging" tiba-tiba bunyi msg masuk kat handfon.. ingatkan iklan celcom cam biasa la, sebab sejak-sejak demam facebook melanda dunia ni, kengkawan contact melalui fb je.. rupanya classmate zaman belajar dulu tanya macam mana nak buat PUTERI MANDI.. aku pun dah lama tak buat dan ni la hasilnya...

bahan-bahan :-
a) tepung pulut (ikut banyak yg diingini)
b) air secukupnya
c) pewarna hijau, merah (ikut warna yg diingini)
d) 150ml santan kelapa segera + 50ml air (ikut tahap kepekatan diingini)
e) sehelai daun pandan
f) 2 sudu besar gula merah
g) 1 1/2 sudu besar gula putih

p/s : gula tu boleh agak-agak ikut kegemaran manisnya la ye.. =)

cara-cara :-
1a) bahagi tepung pulut kepada 3 bahagian.
1b) bahagian pertama dibancuh dgn air sedikit demi sedikit menjadi doh putih & ketepikan.
1c) titiskan pewarna hijau ke dalam air & bancuh bahagian kedua menjadi doh & ketepikan.
1d) titiskan pewarna merah kedalam air & bancuh bahagian ketiga menjadi doh & ketepikan.

2) gentel kecil-kecil kesemua doh tadi.
3) didihkan air dalam periuk. masukkan doh kecik-kecik tadi kedalam periuk.
   apabila masak, puteri mandi akan timbul di permukaan. angkat & masukkan
   kedalam semangkuk air. bertujuan untuk mengelakkan puteri melekat antara satu
   sama lain.
4) didalam periuk lain, masukkan santan, gula merah, gula pasir & daun pandan.
5) kacau hingga santan mendidih, kemudian masukkan kesemua puteri tadi. didihkan 
   sekali lagi kemudian boleh angkat dan dihidangkan.
   
   









0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...