Bahan-bahan :-
a) ayam dibersihkan & dipotong kecil-kecil.
b) 1 biji kentang.
c) 1 labu bawang besar (potong bulat)
d) 2 ulas bawang putih (hiris halus)
d) 1 inci halia (hiris halus)
e) 1/2 batang cili besar (potong serong)
f) kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga.
g) minyak untuk menumis.
h) kicap manis & kicap masin.
i) air secukupnya.
j) sedikit serbuk kunyit (untuk gaul dengan ayam)
cara-cara :-
1) goreng kentang & ketepikan.
2) gaul ayam dengan serbuk kunyit, kemudian goreng & ketepikan.
3) tumis bawang besar, bawang putih & halia hingga naik bau.
4) masukkan semua bahan *f dan cili besar.
5) masukkan kicap manis, masin & air secukupnya.
6) apabila kuah mendidih, masukkan kentang dan ayam yg telah digoreng tadi.
7) kacau seketika kemudian boleh diangkat.
note :- tak perlu garam kerana dah guna kicap tapi kalau tak cukup masin boleh la ditambah garam ikut keperluan.
p/s :- Kurangkan masin dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman... ^__^
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment