3, 4 arini asyik ulang alik ke KL je.. last week pegi pesta buku, wajib pegi tu dan semalam pegi lagi, kali ni memanjat bangunan MARA sebelah PERTAMA Complex tu dan yang ni lagi wajib.
Macam biasa la aras tiga, sesiapa yang familiar bangunan MARA tu mesti tahu apa yang ada kat aras tiga tu.
sekelip senafas je 5k++ bertukar tangan..
elok-elok purse berat terus jadi ringan bak kata orang putih : semudah memetik jari, just like that!!
bila pinjam kena pulang.... bila hutang kena bayar balik ~ lumrah hidup
sabda Rasullah S.A.W
''Jiwa seseorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya''
(Riwayat At-Tarmizi)
selesai kat bangunan MARA terus ambik kereta yang dipakir kat bawah PERTAMA Complex.
parking lebih kurang 1 1/2 jam dengan bayaran RM4.50.. amboi!!
nak kata mahal atau.... tepuk dada tanyalah minda masing-masing.
terus meninggalkan KL, naik MEX menuju ke kuchai lama. Last week lalu, nampak NSK Trading City baru beroperasi kat situ so arini nak try la menyopping barang dapur kat situ tengok apa yang menarik..
not bad, besar jugak la NSK baru ni kalau nak dibandingkan dengan cawangan-cawangan lain.
cuma rasa tak puas hati pasal beras yang dikehendaki takde, lain-lain barang ada je.. takpe la beras beli kat tempat lain. gedebuk gedebak dari 2,3 barang jadi 20, 30++... melayan RM 160.00++ dalam masa sejam.
terbang la duit terbang....lalalala... hahaha...huaaaaa
1420 settle. heading to masjid bandar baru sri petaling untuk menunaikan kewajipan. lunch pun belum lagi ni tapi nasib baik la pagi tadi dah selesaikan sepinggan nasi lemak best depan masjid air-cond tu,
takde la berjela pun >< |
kalau tak mesti dah mengigil kelaparan ni... =D
~home sweet home~ sampai umah dengan perasaan seperti pelangi selepas ujan.. dalam kepala dah merangka dan berfikir macam mana, bagaimana................. >__<
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment