Sunday, May 8, 2011

Kuah Kari Dhal


enak dimakan dgn roti canai, prata @ capati
Bahan-bahannya :-
Bahan A
  • 2 genggam kacang dhal (rendam terlebih dahulu kemudian rebus hingga empuk & hancurkan separuh)
  • Ayam @ daging (potong nipis/kecil) @ udang (ikut citarasa sendiri)
  • 1 labu bawang besar (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1'' halia (dihiris halus)
  • 1 paket serbuk kari ayam/daging
  • sebelah biji kelapa (diambil santan)
  • 1/2 keping asam keping
  • sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
Bahan B
  • 1/2 batang carrot (potong memanjang)
  • 2 batang kacang panjang (potong 1/2'' inci) 
  • sedikit ikan bilis (tumbuk halus)
  • sebatang kulit kayu manis
  • sedikit bunga cengkih 
  • sedikit bunga lawang
  • 2 tangkai daun kari
Cara-cara :-
  1. Panaskan minyak & tumis bahan yang dihiris hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari & tumis hingga garing @ sedikit perang.
  3. Masukkan ayam @ daging @ udang & kacau hingga layu.
  4. Masukkan bahan B. Kacau seketika.
  5. Masukkan santan  & kacau sentiasa hingga santan masak.
  6. Masukkan kesemua kacang dhal.
  7. Masukkan asam keping & garam secukup rasa.
Note : Pastikan santan sentiasa dikacau supaya kuah tidak mejadi cair & berkepala (santan & kuah terpisah)

(,^^) jangan lupa komen ye..

  

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...