Entry kali ni tentang makhluk yang so adorable, cute, berbulu, gebu semua lah..mesti korang dah boleh teka apakah makhluk itu kan... =) yee betulll... kucing!!
ada setengah-setengah orang takut, geli & fobia ngan kucing tapi pada aku, last time check, no doubt.. aku tersangat la suka kan kucing. Pecinta kucing tegar... =D
ni Sleepy |
Sleepy ni aku bela masa study. Dah berlapis generasi sebelum dia yang aku bela. Start dari ibu dia masa tu tahun 2003 & sleepy ni kalau tak silap generasi keempat @ kelima. Sleepy ni 5 beradik tapi dia seko je yang hidup sebab dia penakut dengan semua benda apatah lagi kucing jantan lain. Tak pernah bergaduh langsung padahal dia pun jantan jugak. Dapat nama sleepy sebab dia la jaguh tido berbanding ngan yang lain. Habis study masa tahun 2007, sleepy & ibu nya terpaksa aku tinggalkan tanpa rela. Sleepy ni mulut bising, selagi aku tak cakap dengan dia selagi tu la dia berbunyi sampai la saat-saat akhir sebelum aku berlalu dia mengiau tanpa henti.
Gambar dia duduk atas tembok tu adalah gambar hari terakhir aku sentuh dia.. Walaupun dah bertahun berlalu aku tetap rindu kan dia, rasa macam masih segar kenangan tu. Bila cakap tentang kucing aku always teringatkan dia, sleepy itu sleepy ini... walaupun aku ada bela kucing lain selepas dia.
Maafkan aku, aku tak pernah langsung berniat untuk meninggalkan kamu, Sleepy ku sayang!!
ni Puteh |
Puteh ni aku bela masa tahun 2008 kemudian hilang dipercayai diambil orang. Sedih bila kenangkan hari terakhir sebelum hilang. Dia macam dah tahu je dia akan hilang sebab pada hari malang tu dia langsung taknak keluar rumah tapi aku letak jugak dia kt luar then dia masuk ikut tingkap bilik atas (perkara yang dia tak pernah buat sebelum ni). Tapi aku keluarkan dia balik & itu lah saat terakhir aku sentuh, pandang & cakap dengan dia. Aku pesan jangan main jauh-jauh, nanti petang balik makan tapi petang tu Puteh tak penah lagi balik sampai la ke hari ni.. huhuhuhu =,(
ni Debab a.k.a Bab Bab |
Debab ni aku bela tahun lepas, dia kucing jalanan. Masa aku pindah kat umah sekarang ni, dia dok kat area belakang umah. So aku adopt dia. Debab ni jinak & sangat manja. Sekali je aku sentuh dia & sejak tu setiap kali nampak aku mesti dia datang. Suka tido dalam bilik mandi & suka cakar karpet.. >_<
Kalau aku pegi mana-mana (maksudnya sehari suntuk @ lebih sehari takde kat umah) aku akan cakap kat dia sampai la 1 ari tu aku balik kampung. Tak sempat nak panggil dia pesan jaga diri & bagitahu aku akan balik bila sebab dah menjadi kebiasaan untuk pesan kat dia. 2 ari lepas balik dari kampung, aku panggil macam biasa, suasana sunyi sepi je ari tu & sampai ke hari ni aku dah tak nampak lagi bayang dia berlari kearah aku dengan ekor kembang yang melentok liuk ditiup angin.
i miss you soooo much Bab Bab!!
Bab Bab tengah main tirai bilik |
Hingga ke hari ni aku dah tak bela kucing lagi. Rasa terlalu sedih bila kehilangan.. =(
Sekadar bagi makan & minum pada kucing-kucing jalanan, tak adopt lagi. Takut bila dah jatuh sayang sukar untuk dilepaskan.
Kenapa la orang suka pada kucing yang comel-comel je sedang kan kucing yang comot-comot tu pun boleh jadi comel bila dijaga & dibersihkan. Kadang-kadang kucing-kucing jalanan tu datang @ kacuk dari baka yang baik macam Bab Bab ni.. Parsi + kampung = 90% Bab Bab adalah parsi.
Tak tahu ke meow yang comel-comel tu bertuan atau sekadar buat tak tahu!!!
''Mengasihi makhluk Allah yang lain juga satu sedekah''
''Mengasihi makhluk Allah yang lain juga satu sedekah''
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment