Wednesday, May 16, 2012

Happy Teachers Day!!

Tanggal 16 Mei saban tahun merupakan sambutan Hari Guru diseluruh pelusok Tanah Air..  Kalau 10 tahun dulu masa zaman-zaman berbaju biru dari kepala sampai kaki, ber'blazer' dark blue dan berkasut hitam a.k.a zaman sekolah la tu, bila tiba Hari Guru~satu hari tu diistiharkan sebagai bebas dari segala jajahan dan pembelajaran. Kalau cikgu-cikgu hoorey, students pulak hip..hip..hooreyyyyyy!! \(^o^)/ 

Selalunya pagi-pagi ada assembly complete dengan ucapan, persembahan dan nyanyian lagu hari Guru, sesi penyampaian hadiah, acara pemotongan kek, pertandingan cikgu cun/handsome dan last sekali games (volleyball/football) yang semestinya di'host' kan sepenuhnya oleh students. Then ada jugak students yang buka 'booth' jual makanan/minuman..

Itu cerita 1 dekat yang lalu, sekarang tak tahu la sambutannya macam mana, mungkin lebih kurang sama aje macam dulu-dulu. Guru ibarat ibu bapa di sekolah, sebagaimana kita menghormati ibu bapa macam tu juga la kita kena hormat golongan pendidik ni. Berkat ilmu yang dicurahkan menjadikan siapa kita pada hari ini. Seperti anda menaiki tangga, bermula dari anak tangga pertama mendaki hingga tangga tertinggi bukan!? Jadi jika anda sudah berada dipuncak, jangan sesekali dilupakan mereka yang melata dibawah sana.

~SELAMAT HARI GURU~
(^___________^)v

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...