Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label kukus. Show all posts
Showing posts with label kukus. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Lompat Tikam

Assalamualaikum...
2 ari lepas buat kueh yang popular kat kelantan ni untuk kali pertama... saya tak berapa suka makan tapi encik hubby sangat la suka so buat kat dia la... suka-suka dia pun dok banyak tu jugak dia makan... nak-nak time puasa ni, masuk air segelas terus kenyang... ^^''

A : Bahan untuk air gula
a) 1 cawan gula merah halus/gula melaka
b) 2 cawan gula putih/pasir
c) 1 cawan air
d) Sehelai daun pandan (disiat)

B : Bahan untuk lapisan hijau
a) 1 cawan tepung beras
b) 1 sudu makan tepung jagung
c) 2 3/4 cawan santan cair (resipi asal 3 cawan)
d) 1/2 cawan jus pandan (kisar dengan santan cair)
e) Sedikit pewarna hijau
f) 1 sudu teh air kapur
g) 1/2 sudu teh garam

C : Bahan untuk lapisan putih
a) 1 1/2 cawan tepung beras
b) 1 sudu makan tepung jagung
c) 3 3/4 cawan santan pekat (resipi asal 4 cawan)
d) 1 sudu teh garam

D : Bahan untuk pulut pink
a) 1 cawan pulut
b) Sedikit pewarna merah/ros
c) Suku cawan santan pekat + secubit garam

Cara-cara memasak :-
Bahan A : Masukkan semua bahan dalam periuk & masak hingga larut & sedikit pekat.

Bahan B & C
1. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk & kacau dengan pemukul telur hingga larut & tapis.
2. Satukan semua bahan C dalam mangkuk & kacau hingga larut.
3. Panas pengukus & sapu loyang bersesuaian dengan edikit minyak sekelilingnya.
4. Panaskan seketika loyang & tuang semua adunan bahan B, kukus selama 15 minit.
5. Cakar sedikit permukaan lapisan hijau (B) dengan garpu kemudian tuang semua bahan C. Kukus hingga masak.
6. Sejukkan.

Bahan D :
1. Basuh pulut hingga bersih & rendam dengan pewarna merah selama 1/2 jam. (lg lama rendam lg mudah proses pengukus.
2.  Setelah pulut masak, gaulkan dengan pati santan rata-rata.
3. Kukus semula supaya santan tadi masak. (elakkan pulut senang basi)

HIDANGAN : Potong pulut & kueh ikut citarasa, curahkan air gula & ready untuk dimakan.... 

                 



Thursday, August 4, 2011

Kueh Lopes Kukus Style

 Assalamualaikum... sejak-sejak puasa ni banyak pulak entry menu itu & ini... adat la berpuasa, bila nk berbuka terasa nak makan macam-macam... kueh ni buat masa puasa kedua hari tu, sejam lagi nak berbuka tiba-tiba terasa macam nak makan lopes je, selalunya kalau kat rumah mak buat lopes bungkus dalam daun pisang bentuk segitiga & rebus sampai masak tapi kali ni sebab daun pisang takde so jadi la kueh lopes gaya kukus.


 Bahan-bahannya :-
a) Pulut (dibersihkan & direndam seketika)
b) Beberapa titis pewarna hijau (optional)
b) Kelapa parut secukupnya
c) Gula merah/melaka/gula merah lembut secukupnya
d) Gula putih/pasir secukupnya
e) Air secukupnya (untuk buat air gula)
f) Secubit garam
g) Apa-apa acuan pilihan untuk bentuk pulut
h) Sehelai daun pandan

Cara-cara (pulut) :-
1. Rendam pulut dengan beberapa titis pewarna hijau.
2. Didihkan air dalam periuk pengukus.
3. Masukkan pulut kedalam penapis tahan panas, buat lubang ditengah untuk memudahkan wap naik @ kukus seperti cara masing-masing. 
4. Kukus hingga pulut masak. 
5. Tekan pulut kedalam acuan.

Cara-cara (air gula) :-
1. Masukkan gula merah, gula putih, air & daun pandan kedalam periuk & masak hingga gula hancur & hampir likat.
2. Tapis air gula & ketepikan. 

Hidangan :-
1. Gaul kelapa parut dengan secubit garam.
2. Gaul / lumur kelapa parut tadi ke keseluruhan pulut yang telah dibentuk.
3. Letak kueh lopes dalam piring & curah air gula diatasnya.
4. Siap untuk dimakan. 



Friday, April 29, 2011

Puteri Ayu

dah lama sgt tak bt kueh ni... jatuh cinta ngan kueh ni selepas kali prtama mkn kueh yg dibuat oleh mak kwn msa skolah rendah dulu, trus mintak resipi mak dia & selepas lebih 16 tahun, aku brjaya buat sendiri ngan rasa yg tetap sama walaupan guna acuan apam...heheheh... 

guna acuan puteri ayu utk hasil yg lbh menarik


Bahan utk lbh kurang 20 biji :-
1) 2 cawan tepung gandum
2) 1 cawan gula kastor
3) 2 biji telur (dibuang pusat)
4) 1 cawan santan (diambil 3/4 dr sebelah kepala)
5) 1 susu kecil ovelette
6) 1 sudu teh baking powder
7) 1 sudu teh pewarna hijau
8) 1 sudu teh perasa pandan (tak letak pn takpe)

                                                   @

Bahan utk lebih kurang 50 biji :-
1) 4 cawan tepung gandum
2) 1 1/2 cawan gula kastor
3) 3 biji telur (dibuang pusat) 
4) 1 1/2 cawan santan (ambil dr 1 peket (50gm) santan serbuk + 1 1/2 cwn air)
5) 1 susu mkn ovelette
6) 1 sudu mkn baking powder
7) 1 sudu mkn pewarna hijau
8) 1 sudu mkn perasa pandan (tak letak pn takpe)

Inti kelapa :-
1) 1/2 biji kelapa parut 
2) 2 sudu teh garam
3) 1 sudu mkn tpung ubi
     (satukan ketiga-tiga bahan & gaul rata)

Cara :-

1) Campurkan tepung gandum dgn baking powder. Ketepikan
2) Putar telur & gula kastor hingga kembang. Masukkan ovelette & pukul rata.
3) Masukkan sedikit demi sedikit tepung & berselang selikan santan.
4) Masukkan pewarna hijau & perasa pandan.
5) Sapu acuan dgn sedikit minyak. Tekan inti kelapa dlm acuan.
6) Tuang adunan kedalam acuan.
7) Kukus selama 15 minit dgn api yg sederhana. Pastikan air kukusan dipanaskan
     terlebih dahulu.




Thursday, April 14, 2011

BaHuLu kuKuS a.k.a Ap@m PoLkaDoD


Bahulu kukus aka apam polkadod -hasilnya selepas dikukus selama 25minit
Bahan-bahannya :-

3 biji telur
200gm tepung gandum
200gm gula halus
50ml susu segar/fullcrem
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalett
Filling kaya, coklet, bluberry @ apa2 je inti yg disukai (masuk dlm piping beg) (klau tak letak pn boleh)
Pewarna (contoh :-merah, hijau, kuning)
Esen vanilla

Telur & gula yg telah dipukul kembang
Cara-cara membuatnya :-
a) Pukul telur & gula sampai kembang (putih).
b) Masukkan esen vanilla & ovalett, pukul lg.
c) Masukkan tepung gandum, baking poder diselang selikan dengan susu.
d) Bila telah sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian.
e) Titiskan warna berbeza setiap bahagian, masukkan dlm piping beg @ beg plastic bersih.
f) Picit sedikit adunan kedalam mangkuk kertas.
g) Picit filling secukupnya & kemudian picit lg adunan sehingga ¾ penuh.
h) Kemudian boleh dot-dot, lukis corak-corak & sebagainya ikut citarasa anda.
i) Masukkan kedalam periuk kukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
j) Kukus selama 20-25 minit.
k) Jangan kukus dengan api yang besar.
l) Pastikan mangkuk kertas anda diletak dalam muffin tray supaya apam elok terbentuk. 

Adunan dimasukkan kedalam piping beg


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...