Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label minum petang. Show all posts
Showing posts with label minum petang. Show all posts

Friday, May 25, 2012

Prawn Nugget Sempoi ^^

Satu soalan... ~ Pernah try?
Sama je macam makan burger, makan dengan roti burger cuma asasnya prawn nugget dan bezanya prawn nugget ni digoreng... memang sedap. Ni pun 1st time cuba dan tak mengecewakan... Tak caya, cuba la... ^^,)v

Friday, May 4, 2012

[Resepi] Mini Popia Bersira


Bahan-bahan A (Untuk Kulit)
a) Kulit popia secukupnya
b) 1 sudu makan + 1 sudu makan air (dibancuh sebagai gam kulit popia)
c) Minyak masak 

Bahan-bahan B (Untuk Sos)
a) 3 sudu makan cili kisar/boh
b) 2 sudu makan sos cili
c) 1 sudu makan cuka
d) 2 sudu makan gula
e) Minyak masak secukupnya
f) Bijan (optional)

Cara Membuatnya :-
1. Sekeping kulit popia dipotong dua.
2. Gulung longgar & gam dihujungnya dengan bancuhan tepung.
3. Potong menjadi 1 inci setiap satu.
4. Goreng hingga kekuning-kuningan. Angkat & ketepikan.
5. Tumis cili hingga garing. Masukkan sos, cuka, gula, bijan & masak hingga pekat.
6. Masukkan popia & gaul hingga sebati.
7. Angkat & sedia dinikmati.

Saturday, April 21, 2012

[Resepi] Popia Goreng Bersos


Bahan-bahan A (Untuk Kulit)
a) Kulit popia secukupnya
b) 1 sudu makan + 1 sudu makan air (dibancuh sebagai gam kulit popia)
c) Minyak masak 

Bahan-bahan B (Untuk Inti)
a) 1 biji telur
b) 1 batang lobak merah (disagat)
c) 1 cawan taugeh
d) 1 cawan daun kucai (potong 1 inci)
e) 1 labu bawang besar (hiris)
f) 1 ulas bawang putih (hiris)
g) 1 sudu minyak masak
h) 1 biji telur (goreng hancur)
i) Garam secukup rasa

Bahan-bahan C (Untuk Sos)
a) 3 sudu makan cili kisar/boh
b) 2 sudu makan sos cili
c) 1 sudu makan cuka
d) 2 sudu makan gula
e) Minyak masak secukupnya
f) Bijan (optional)

Letak ciput je, kalau banyak-banyak kang debab pulak popianya susah nak gulung...

Sebelum digoreng...

Cara Membuatnya :-
1. Tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan taugeh, kucai dan lobak merah. Goreng hingga layu kemudian masukkan garam & telur hancur.
3. Letak inti diatas kulit popia, gulung & lipat kiri kanan kemudian gam dihujungnya dengan bancuhan tepung.
4. Goreng hingga kekuning-kuningan. Angkat & ketepikan.
5. Tumis cili hingga garing. Masukkan sos, cuka, gula, bijan & masak hingga pekat.
6. Masukkan popia & gaul hingga sebati.
7. Angkat & sedia dinikmati.

Sunday, April 8, 2012

[Resepi] Pengat Nangka

~Mari menjamu selera~
Entry resepi ni dah pernah share sebelum ni, bulan puasa tahun lepas kalau tak silap tapi takpe la ni kira refresh and update la... ^___^


Bahan-bahan :-
a) Isi nangka (dipotong kecil)
b) Sebelah kelapa (diambil santannya, jangan terlalu cair)
c) 2 sudu sagu biji / sagu mata ikan
d) Gula putih secukupnya
e) Gula merah lembut secukupnya
f) Secubit garam
g) 2 helai daun pandan (disiat)

Cara-cara :-
1. Masukkan santan kelapa, gula merah, gula putih & garam kedalam periuk.
2. Masak hingga mendidih sedikit.
3. Masukkan sagu biji & daun pandan kemudian masukkan isi nangka.
4. Pastikan santan mendidih dengan api sederhana. Terus kacau supaya kuah tak berketul.
5. Setelah masak bolehlah di hidangkan..



Tuesday, March 6, 2012

Puding Jagung


Bahan-bahan :-
a) 300gm tepung custard
b) 1 tin jagung krim
c) Sebiji kelapa diperah & tambah air = 2500liter (tambah/kurangkan ikut kesesuaian)
d) Gula
e) Sedikit garam


Cara mambuat :-
 1. Campur & masukkan semua bahan kedalam kuali kecuali jagung. 


2. Kacau sehingga masak dan bertukar warna. Boleh tambah air jika tidak mencukupi. 


3. Setelah tepung masak, masukkan jagung dalam tin.

4. Kacau hingga masak. Macam mana nak tahu dah masak, kebiasaannya akan naik bau puding jagung.

5. Masukkan kedalam bekas kering & bersih. Sejukkan pada suhu bilik kemudian bolehlah dihidangkan.

Friday, February 24, 2012

Homemade "Apam Balik"

Ringkas, mudah & cepat...  Semudah ABC.... =D
Bahan-bahan :-
a) 2 cawan tepung gandum
b) 1/2 cawan gula pasir
c) 4 sudu teh serbuk penaik
d) 1/2 sudu teh garam halus
e) 1 sudu minyak masak
f) 1/2 sudu susu dibancuh dengan 2 cawan air

Inti :-
a) Gula pasir secukupnya 
b) Jagung @ kacang tanah yg telah dikisar (optional)

Cara-cara :-
1. Campurkan semua bahan kedalam mangkuk.
2. Whisk dengan kelajuan maksimum hingga kembang (buih-buih kelihatan)
3. Panaskan 'nonstick pan' dan masukkan sesenduk adunan.
4. i) Untuk apam balik nipis - Ratakan adunan macam nak buat lempeng tapi jangan terlalu nipis.
    ii) Untuk apam balik tebal - Jangan ratakan adunan.
5. Taburkan gula pasir & kacang tanah @ jagung.
6. Tutup kuali dan biarkan hingga kelihatan kekuningan/garing dikeliling adunan.
7. Lipat 2 dan boleh diangkat.

Tips :
i) Sukat menggunakan apa-apa saiz cawan pun tak kisah asalkan semua bahan-bahan disukat dengan cawan yang sama.
ii) Kalau guna cawan yang terlalu besar / kecil, pastikan jumlah penggunaan tepung penaik bersesuaian ye, kalau tak nanti terbantut pulak apam baliknya.
iii) Sedap dimakan ketika masih panas. 

Tuesday, October 11, 2011

Cendawan Goreng

Agak lama tak update perihal masakan... Kali ni cendawan goreng menjadi hidangan petang..

Bahan-bahan :-
1) Cendawan secukupnya  dibersihkan / basuh (kalau besar & lebar, belah-belah aje bagi kecik sikit)
2) Tepung gandum
3) Tepung jagung
4) Rempah kari (letak lebih lagi sedap)
5) Garam halus secukupnya
#Kuantiti tepung agak-agak la tapi pastikan tepung gandung lebih dari tepung jagung.

Cara-cara :-
1) Campur semua bahan diatas kedalam mangkuk.
2) Cendawan yang dah lembab tadi digaulkan kedalam tepung rata-rata.
3) Goreng dalam minyak yang panas.
4) Setelah garing, angkat, sejat & hidang..

# Boleh juga celupkan cendawan kedalam telur yang dah dipukul kembang kemudian gaul dalam tepung.
# Boleh juga gunakan tepung kentacky.

Nak guna tepung buat sendiri @ tepung kentacky, mana-mana pun boleh... tepuk dada tanya selera.. ^___^

Wednesday, September 14, 2011

Keropok Gunting

Nak buat kudap-kudapan sambil tengok tv?
Jom cuba keropok gunting, selalunya saya panggil kueh gunting je  ^_^
Lemak & berperisa semua lengkap, tak rugi mencuba... silap-silap haribulan bila dah start makan tak reti nak berhenti..

Keropok gunting aka kueh gunting
Bahan Untuk Kisar (A) :-
a) 1 1/2 sudu makan jintan manis/kasar
b) 1 1/2 sudu makan jintan putih/halus
c) 1 1/2 sudu makan rempah biji
d) 1/2 sudu kecil lada hitam
e) 5 tangkai cili kering
f) 1 labu bawang besar
g) 4 ulas bawang putih
h) Segenggam ikan bilis

Bahan-bahan lain :-
a) 800gm tepung gandum
b) 200 gm tepung jagung
c) Garam secukupnya
d) Gula secukupnya
e) 1 biji telur
f) Pati santan dari 1/2 biji kelapa
g) Minyak untuk menggoreng
h) Daun kari dihiris halus

Cara-cara :-
1. Kisar semua bahan (A) hingga hancur. (Guna air seminimum, cukup untuk bahan hancur). 
2. Campurkan bahan yang telah dikisar, daun kari, garam. gula & telur kedalam mangkuk & kacau sebati.
3. Masukkan tepung gandum dalam mangkuk.
4. Panaskan 4 sudu makan minyak masak sepanasnya kemudian tuang kedalam mangkuk berisi tepung. Kacau rata menggunakan senduk. Kemudian masukkan tepung jagung.
5. Tuang semua bancuhan bahan kisar & uli.
6. Masukkan sikit demi sedikit pati santan & uli hingga menjadi doh lembut seperti doh kulit karipap (pati santan tak perlu dihabiskan).
 

7. Ambil sedikit doh & leperkan diatas papan peleper hingga sedikit nipis.

8. Masukkan doh yang telah leper kedalam mesin pemotong seperti diatas.

9. Letak dalam dulang yang telah ditabur tepung gandum terlebih dahulu. 

10. Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng.
11. Masukkan beberapa keping & semasa menggoreng pecah-pecahkan ketika kepingan masih lembut.
12. Goreng hingga kekuningan, jangan terlalu garing nanti pahit kemudian angkat & sejat.
13. Sejukkan & bolehlah dibotol @ tinkan.

SeLaMaT MenCuBa.... (^_^)v



Thursday, September 8, 2011

Dadih & Nata De Coco

Selamat pagi bloggers....
Kalau dulu setiap kali menjelang syawal mesti buat agar-agar sirap sebagai pencuci mulut untuk tetamu yang datang Takbir tapi tahun ni tukar sikit.... tahun ni buat dadih perlbagai perisa... ada laici, ada manggo, ada grapes ijau, ada coklat dan jugak ada perisa yam.. try banyak-banyak sebab nak tahu perisa mana lagi sedap and obviously manggo paling sedap ^_^.. jangan lupa untuk tambah nata de coco~berasal dari bahasa sepanyol yang membawa maksud 'benda putih yang terapung dalam air kelapa'... nata de coco ni diperbuat daripada ragi & air kelapa.. 

Bahan-bahan :
1500 ml air
200 ml susu cair (saya guna F&N)
50 gm gula halus/castor
1 paket dadih apa-apa perisa (jenama Happy Grass)
Nata de coco (kalau besar-besar kuib nya, potong la bagi kecik-kecik sikit)
Bekas/cup kecil

Cara-cara :
1. Masukkan air, susu cair & gula halus dalam periuk. Masak hingga sedikit berbuih.
2. Masukkan 1 paket dadih, kacau hingga larut & berbuih.
3. Kalau suka gula buah-buahan yang disertakan boleh masukkan. (saya tak masukkan)
4. Sudu kan nata de coco kedalam bekas-bekas kecil & tuang larutan dadih perlahan-lahan.
5. Biarkan membeku pada suhu bilik & kemudian sejukkan didalam peti ais. Bukan bahagian sejuk beku tau.

Tuesday, August 16, 2011

Buah Melaka

Assalamualaikum.... 
Salam Ramadhan hari ke 16.... 2,3 ari tak berblogging, balik kampung~rumah husband so hari ni kembali turun ke dapur ^__^... cuci mulut untuk berbuka harini.... buah melaka a.k.a ondeh-ondeh.. eh ke onde-onde??!?
confuse jab... erm.... mana-mana la... ehehehehe... ada jugak yang panggil puteri terjun kat belah sarawak la..


Bahan-bahannya :-
a) Tepung pulut
b) Beberapa helai daun pandan (diambil patinya~boleh tumbuk @ bland)
c) Gula melaka (potong kecil-kecil)
d) Air secukupnya untuk merebus
e) Kelapa parut secukupnya + secubit garam (gaul rata)

Cara-cara :-
1. Uli tepung pulut dengan pati pandan hingga menjadi doh (masuk pati sikit-sikit~jgn terlalu lembik).
2. Cubit doh sebesar ibu jari, masukkan gula ditengahnya & bulat-bulatkan.
3. Didihkan air didalam periuk.
4. Masukkan doh yang telah digentel bulat kedalam periuk, rebus hingga masak.
5. Angkat, toskan seketika & golek-golekkan/lumur didalam kelapa parut.
6. Bolehlah dihidang...

Note : 
1. Seeloknya daun pandan ditumbuk, jika dikisar memerlukan air yang agak banyak untuk mengisar menyebabkan pati menjadi cair.
2. Macam mana nak tahu doh masak?... kueh akan naik ke permukaan bila masak~ 2 sebab ada teka teki buah apa yang bila masak naik ke atas... =D


Friday, August 12, 2011

Lompat Tikam

Assalamualaikum...
2 ari lepas buat kueh yang popular kat kelantan ni untuk kali pertama... saya tak berapa suka makan tapi encik hubby sangat la suka so buat kat dia la... suka-suka dia pun dok banyak tu jugak dia makan... nak-nak time puasa ni, masuk air segelas terus kenyang... ^^''

A : Bahan untuk air gula
a) 1 cawan gula merah halus/gula melaka
b) 2 cawan gula putih/pasir
c) 1 cawan air
d) Sehelai daun pandan (disiat)

B : Bahan untuk lapisan hijau
a) 1 cawan tepung beras
b) 1 sudu makan tepung jagung
c) 2 3/4 cawan santan cair (resipi asal 3 cawan)
d) 1/2 cawan jus pandan (kisar dengan santan cair)
e) Sedikit pewarna hijau
f) 1 sudu teh air kapur
g) 1/2 sudu teh garam

C : Bahan untuk lapisan putih
a) 1 1/2 cawan tepung beras
b) 1 sudu makan tepung jagung
c) 3 3/4 cawan santan pekat (resipi asal 4 cawan)
d) 1 sudu teh garam

D : Bahan untuk pulut pink
a) 1 cawan pulut
b) Sedikit pewarna merah/ros
c) Suku cawan santan pekat + secubit garam

Cara-cara memasak :-
Bahan A : Masukkan semua bahan dalam periuk & masak hingga larut & sedikit pekat.

Bahan B & C
1. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk & kacau dengan pemukul telur hingga larut & tapis.
2. Satukan semua bahan C dalam mangkuk & kacau hingga larut.
3. Panas pengukus & sapu loyang bersesuaian dengan edikit minyak sekelilingnya.
4. Panaskan seketika loyang & tuang semua adunan bahan B, kukus selama 15 minit.
5. Cakar sedikit permukaan lapisan hijau (B) dengan garpu kemudian tuang semua bahan C. Kukus hingga masak.
6. Sejukkan.

Bahan D :
1. Basuh pulut hingga bersih & rendam dengan pewarna merah selama 1/2 jam. (lg lama rendam lg mudah proses pengukus.
2.  Setelah pulut masak, gaulkan dengan pati santan rata-rata.
3. Kukus semula supaya santan tadi masak. (elakkan pulut senang basi)

HIDANGAN : Potong pulut & kueh ikut citarasa, curahkan air gula & ready untuk dimakan.... 

                 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...