Thursday, August 4, 2011

Kueh Lopes Kukus Style

 Assalamualaikum... sejak-sejak puasa ni banyak pulak entry menu itu & ini... adat la berpuasa, bila nk berbuka terasa nak makan macam-macam... kueh ni buat masa puasa kedua hari tu, sejam lagi nak berbuka tiba-tiba terasa macam nak makan lopes je, selalunya kalau kat rumah mak buat lopes bungkus dalam daun pisang bentuk segitiga & rebus sampai masak tapi kali ni sebab daun pisang takde so jadi la kueh lopes gaya kukus.


 Bahan-bahannya :-
a) Pulut (dibersihkan & direndam seketika)
b) Beberapa titis pewarna hijau (optional)
b) Kelapa parut secukupnya
c) Gula merah/melaka/gula merah lembut secukupnya
d) Gula putih/pasir secukupnya
e) Air secukupnya (untuk buat air gula)
f) Secubit garam
g) Apa-apa acuan pilihan untuk bentuk pulut
h) Sehelai daun pandan

Cara-cara (pulut) :-
1. Rendam pulut dengan beberapa titis pewarna hijau.
2. Didihkan air dalam periuk pengukus.
3. Masukkan pulut kedalam penapis tahan panas, buat lubang ditengah untuk memudahkan wap naik @ kukus seperti cara masing-masing. 
4. Kukus hingga pulut masak. 
5. Tekan pulut kedalam acuan.

Cara-cara (air gula) :-
1. Masukkan gula merah, gula putih, air & daun pandan kedalam periuk & masak hingga gula hancur & hampir likat.
2. Tapis air gula & ketepikan. 

Hidangan :-
1. Gaul kelapa parut dengan secubit garam.
2. Gaul / lumur kelapa parut tadi ke keseluruhan pulut yang telah dibentuk.
3. Letak kueh lopes dalam piring & curah air gula diatasnya.
4. Siap untuk dimakan. 



0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...