Bahulu kukus aka apam polkadod -hasilnya selepas dikukus selama 25minit |
Bahan-bahannya :-
3 biji telur
200gm tepung gandum
200gm gula halus
50ml susu segar/fullcrem
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalett
Filling kaya, coklet, bluberry @ apa2 je inti yg disukai (masuk dlm piping beg) (klau tak letak pn boleh)
Pewarna (contoh :-merah, hijau, kuning)
Esen vanilla
Cara-cara membuatnya :-
a) Pukul telur & gula sampai kembang (putih).
b) Masukkan esen vanilla & ovalett, pukul lg.
c) Masukkan tepung gandum, baking poder diselang selikan dengan susu.
d) Bila telah sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian.
e) Titiskan warna berbeza setiap bahagian, masukkan dlm piping beg @ beg plastic bersih.
f) Picit sedikit adunan kedalam mangkuk kertas.
g) Picit filling secukupnya & kemudian picit lg adunan sehingga ¾ penuh.
h) Kemudian boleh dot-dot, lukis corak-corak & sebagainya ikut citarasa anda.
i) Masukkan kedalam periuk kukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
j) Kukus selama 20-25 minit.
k) Jangan kukus dengan api yang besar.
l) Pastikan mangkuk kertas anda diletak dalam muffin tray supaya apam elok terbentuk.
Adunan dimasukkan kedalam piping beg |
wuih!..sodapnyee..terliur tgk...(^_^)
ReplyDeleteehehehe...time2 perut lapa lg sdp tu... 2,3 bijik skali jalan je... ^^,
ReplyDeletetime kasih ye fiera follow kita =D