Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

[Resepi] Sardin Gulung


Bahan A :
6 keping roti sandwich biasa
2 biji telur (letak sedikit garam & pukul hingga agak kembang)
Serbuk roti (bergantung pada kuantiti)
Minyak untuk menggoreng

Bahan B (Inti) :
1 tin kecil sardin
1 labu bawang besar
1 biji cili besar merah (hiris)
1 biji limau kasturi (optional)
Garam secukupnya

Cara membuat :
1. Tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili besar, sardin, perahan limau kasturi & garam.  
2. Setelah cukup rasa, ketepikan & hancurkan dengan garpu.
3. sapu inti pada roti, kemudian gulung & gam dengan sedikit telur yang telah dipukul tadi.
4. Celupkan keseluruh roti didalam telur yang telah dpukul.
5. Golekkan dalam serbuk roti.
6. Goreng hingga kekuning-kuningan.
7. Angkat & sedia dihidang.

Sunday, February 5, 2012

My Favorite Bread Ever


Yummy...yummy ^O^
i am very crazy about vanilla flavoring!!!
Ops, eheheheh 

Monday, June 20, 2011

A!skr!m GoRenG

Sebelum ni tengok kat kedai makan orang order aiskrim goreng, timbul tanda tanya macam mana la rupa aiskrim goreng tu agaknya tapi tak penah terfikir plak nak order... tapi tu cerita dulu la, akhirnya buat sendiri aiskrim goreng... yummy...yummy... memang sedap... cara nak buatnya very simple...

perlukan beberapa keping roti gardenia
aiskrim apa-apa perisa satu kotak
scoop aiskrim
plastik bersih
cawan/mangkuk kecik sebagai acuan bagi jadi macam gambar kat bawah ni

Cara-caranya :-
1. Letak 1 scoop aiskrim atas sekeping roti. Nak gelek dulu roti tu pun boleh tapi saya tak gelek pun.
2. Lapiskan sekeping lagi roti atas aiskrim tadi sebagai penutup.
3. Guna cawan @ mangkuk sebagai acuan & tekan keatas roti tadi, lebihan roti ditepi-tepi dibuang @ boleh dibuat puding.
5. Terus masukkan  kedalam peti ais bahagian beku selama beberapa jam. Saya biarkan semalaman.

Cara Mengoreng :-
1. Panaskan dulu minyak hingga betul-betul panas.
2. Keluarkan roti aiskrim & terus masukkan kedalam minyak panas tadi.
3. Goreng hingga nampak kekuningan. Jangan lama-lama nanti aiskrim cair.
4. Angkat & boleh terus dimakan.

macam ni la rupanya aiskrim goreng yang telah siap digoreng... kena terus makan selepas goreng kalau tak nanti aiskrim mencair dah tak best... sangat sedap & lazat.. nyum...nyum... jemput makan ^__^

Friday, June 17, 2011

Puding Roti Bersos Kastard

Bahan A :-
250ml susu segar
4 keping roti gardenia putih

Bahan B :-
2 sudu besar gula halus
1 1/2 sudu besar butter dicairkan
1 biji telur (dibuang pusatnya)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan untuk sos :-
1/2 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula
Cara-cara :-
1. Koyakkan roti & letak dalam loyang kemudian tuang susu & rendam selama 15 minit.
2. Campur kesemua bahan B, kemudian tuang kedalam loyang yang berisi bahan A.
3. Bakar dengan suhu 150C selama 30minit @ sehingga masak.
4. Masukkan kesemua bahan C & panaskan sebentar dengan api yang perlahan.


**** Setelah puding masak, keluarkan dari oven & sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan kedalam peti ais.
**** Jika tak suka sos kastard, boleh juga dimakan dengan susu cair begitu sahaja..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...