Wednesday, August 3, 2011

Assalamualaikum.... selamat menunaikan ibadah puasa pada hari ke-3... mudah-mudahan berjaya hingga ke hari terakhir sebelum menjelmanya Hari Raya Aidilfitri... Bila nak raya memang tak sah kalau tak buat biskut-biskut @ kuih-kuih raya... semuanya nak beraya.. ^___^


Saya pun tak ketinggalan, tahun ni ingat nak buat 2, 3 jenis je dah la... kang banyak-banyak dari raya puasa sampai ke raya haji tak terhabis-habis jugak... so 2 hari lepas sempat la menyerbu Yummy Bakery~kedai jual barang-barang bakery kat Bangi membeli bahan-bahan keperluan... awal-awal ni pun orang dah ramai, kalau pegi time-time dah tengah puasa esok agaknya nak bergerak pun payah kot...
Syok shopping kat kedai ni sebab kedai ni besar and mostly apa bahan yang kita nak mesti ada, kalau takde pun sebab habis stock je... kat area yummy ni pun ada 2,3 buah lagi kedai yang jual bahan/alat bakery tapi kedai ni la yang paling popular... so grab la beberapa bahan yang diperlukan, selebihnya memang dah ada stock kat rumah... habis dalam RM110.00 tapi memang puas hati dengan kedai bakery ni... tak sabar rasanya nak membiskut...ehehehe... selamat berpuasa semua!! ^______^

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...