Friday, August 12, 2011

Rendang Daging Warisan

Assalamualaikum...
Selalunya buat rendang ayam & kalau daging buat kari je tapi kali ni daging buat rendang pulak... teringat rendang ayam mak time raya makan ngan ketupat daun kelapa...best..best.. tak sabar pulak nak raya...
hai selamat hari rayaaaa...ehehehe
Jom jenguk-jenguk bahannya :-
1) 1/2 kg daging batang pinang (dihiris agak nipis)
#2) 5 tangkai cili kering (suka pedas letak la lebih)
#3) 1@2 labu bawang besar
#4) 5 ulas bawang putih
#5) 1" halia
#6) 1" kunyit hidup
#7) 1" lengkuas
#8) 2 batang serai
9) 1/2 biji santan kelapa 
10) 3 sudu makan kerisik
11) Rempah biji (digoreng & ditimbuk halus)
12) 2 helai daun kunyit (dihiris halus)
13) 3 helai daun limau purut (dihiris halus) optional
14) 1 keping asam keping
15) Garam secukup rasa

Cara-cara :-
1. Kisar bahan yang bertanda (#)
2. Gaul daging dengan bahan dikisar tadi, rempah biji yg ditumbuk halus & kerisik kemudian diperap 1/2 jam.
3. Terus masuk dalam kuali (tak perlu tumis), kacau hingga daging hampir empuk.
4. Kalau air dah kering tapi daging masih belum empuk, boleh tambah sedikit lagi air (jgn byk2)
5. Masukkan santan, limau purut, daun kunyit & asam keping.
6. Bila santan/kuah dah mula pekak boleh masukkan garam secukup rasa.

S!ap ^__^

Note : Kalau nak buat rendang ayam pun basic sama jugak cuma kena tambah air sikit la sebab ayam lambat sikit nak empuk... nak-nak ayam pencen, liattt >__<


0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...