Wednesday, August 3, 2011

Donut Gebu

Selamat petang.... lebih kurang lagi setengah jam nak berbuka puasa.. sempat lagi nak post entry resipi donut yang baru siap sekejap tadi buat juadah berbuka puasa...

Bahan-bahan :-
Bahan A
a) 300 gm tepung gandum
b) 50 gm tepung naik sendiri (saya guna blue key)
c) 50 gm gula kastor
d) 15 gm susu tepung

e) 1/2 sudu kecil garam
f) 5.5 gm @ setengah paket mauripan

Bahan B
a) 30 gm butter
b) 1 sudu kecil bread softener

c)170 ml air suam

Bahan C (untuk menggoreng)
a) Minyak secukupnya
b) 1 sudu besar butter

Cara-cara :-
1. Mauripan & garam dibancuh dengan sedikit air suam. Ketepikan.
2. Gaul semua BHN A (a-d) sama rata.
3. Masukkan BHN B (a & b).
4. Masukkan bancuhan mauripan tadi & gaul rata, kemudian masukkan baki air suam tadi sikit-sikit.
5. Uli lebih kurang 15 minit @ hingga adunan menjadi doh licin & kering.
6. Perap adunan lebih kurang 20 minit @ hingga adunan naik sekali ganda.
7. Canai adunan ikut ketebalan yang sesuai & terap menggunakan acuan donut.
8. Rehatkan donut yang telah diterap selama 20 minit lagi.
9. Panaskan kuali & masukkan BHN C.
10. Goreng hingga garing & sira dengan gula ising.

Note : Pastikan papan pencanai ditabur tepung sebelum mencanai bagi mengelakkan adunan melekat. 

Adunan ni saya buat separuh je, kalau nak banyak gandakan la bahan-bahannya.


3 comments:

  1. lama tak makan donut..nak buat sendiri takut xjadi lak..huhu..

    ReplyDelete
  2. @eyida : sy pun 1st time guna resipi ni, sebelum ni guna resipi lain2 tp x menjd spt dikehendaki tp resipi yg ni alhamdulillah menjadi, dh sejuk pun still lembut lg.. cuma bhn kna tepat n kena uli betul2...

    cuba la, insyaALLAH menjadi..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...