Tuesday, August 16, 2011

Buah Melaka

Assalamualaikum.... 
Salam Ramadhan hari ke 16.... 2,3 ari tak berblogging, balik kampung~rumah husband so hari ni kembali turun ke dapur ^__^... cuci mulut untuk berbuka harini.... buah melaka a.k.a ondeh-ondeh.. eh ke onde-onde??!?
confuse jab... erm.... mana-mana la... ehehehehe... ada jugak yang panggil puteri terjun kat belah sarawak la..


Bahan-bahannya :-
a) Tepung pulut
b) Beberapa helai daun pandan (diambil patinya~boleh tumbuk @ bland)
c) Gula melaka (potong kecil-kecil)
d) Air secukupnya untuk merebus
e) Kelapa parut secukupnya + secubit garam (gaul rata)

Cara-cara :-
1. Uli tepung pulut dengan pati pandan hingga menjadi doh (masuk pati sikit-sikit~jgn terlalu lembik).
2. Cubit doh sebesar ibu jari, masukkan gula ditengahnya & bulat-bulatkan.
3. Didihkan air didalam periuk.
4. Masukkan doh yang telah digentel bulat kedalam periuk, rebus hingga masak.
5. Angkat, toskan seketika & golek-golekkan/lumur didalam kelapa parut.
6. Bolehlah dihidang...

Note : 
1. Seeloknya daun pandan ditumbuk, jika dikisar memerlukan air yang agak banyak untuk mengisar menyebabkan pati menjadi cair.
2. Macam mana nak tahu doh masak?... kueh akan naik ke permukaan bila masak~ 2 sebab ada teka teki buah apa yang bila masak naik ke atas... =D


2 comments:

  1. nampak sedap. sy beli aje. sebab hubby tak makan kuih tu. saya sorang je makan. eheheh

    ReplyDelete
  2. @Effa :: 2 la psl bila dah kita sorang je yg mkn mmg mls sikit nak bt takut x abis... =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...