Monday, August 8, 2011

Pengat Nangka

 Assalamualaikum... 
2 hari lepas balik kampung berbuka dengan family then masa nak balik mak kirimkan nangka... perh lama betul tak makan buah nangka so sebab bulan puasa lagi best buat pengat daripada makan mentahkan... 

 yummy...yummy
Bahan-bahan :-
a) Isi nangka (dipotong kecil)
b) Sebelah kelapa (diambil santannya, jangan terlalu cair)
c) 2 sudu sagu biji / sagu mata ikan
d) Gula putih secukupnya
e) Gula merah lembut secukupnya
f) Secubit garam
g) 2 helai daun pandan (disiat)

Cara-cara :-
1. Masukkan santan kelapa, gula merah, gula putih & garam kedalam periuk.
2. Masak hingga mendidih sedikit.
3. Masukkan sagu biji & daun pandan kemudian masukkan isi nangka.
4. Pastikan santan mendidih dengan api sederhana. Terus kacau supaya kuah tak berketul.
5. Setelah masak bolehlah di hidangkan..


0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...