Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket

Sunday, July 31, 2011

Pajeri Nenas

Dah lama betul tak makan pajeri nenas ni... pekena ngan ikan masin lagi terangkat >_<..
buah nenas pun dah beli so petang semalam terus kukur kelapa & fuhh....
siap pajeri nenas ku... ^^

Bahan-bahan:-
1. Sebiji nenas sederhana besar dibuang kulit
2. 1 biji bawang besar (dimayam halus)
3. 3 ulas bawang putih (dimayam halus)
4. 2'' halia (dimayam halus)
5. 2 sudu udang kering
6. 1 bungkus rempah kari daging (saya guna babas)
7. 2 batang kulit kayu manis
8. 3 kuntum bunga lawang
9. Sebiji kelapa (diambil santannya~jgn terlalu cair)
10. 3@4 sudu besar kerisik
11. Minyak untuk menumis
12. Gula & garam secukupnya

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan (2-4) hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari & goreng hingga garing @ bertukar warna.
3. Masukkan udang kering bersama nenas yang telah dipotong & goreng hingga layu, jika terlalu kering boleh masukkan sedikit sahaja air.
4. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang & kerisik. 
5. Masukkan kesemua santan kelapa. Pastikan sentiasa kacau hingga mendidih/menggelegak supaya kuah sebati & pekat.
6. Akhir sekali setelah masak, masukkan gula & garam secukup rasa.



0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...