Friday, August 12, 2011

Jemput-jemput aka Cekodok Pisang

Jemput-jemput ke cekodok ke cucur kodok?? tapi kenapa mesti kodok? biasa orang kita panggil cekodok je, terang lagi jelas... =D... Ni cekodok pisang emas bantan, pokoknya mak tersayang yang tanam kat belakang rumah, tepi rumah, depan rumah pendek kata kat sekitar kawasan rumah la kat kampung sana... ^___^

apa beza pisang emas dengan pisang emas bantan??
Pisang Emas : rasa manis, boleh buat pisang goreng celup tepung tapi pokoknya amik masa sikit nak berbuah & masak...

MaNaKaLa

Pisang Emas Bantan : rasa kurang manis tapi lemak so kalau nak buat cekodok kena la tambah 1,2 sudu gula pasir, tak boleh buat pisang goreng tapi pokoknya cepat berbuah...
cekodok pisang emas bantan

macam mana nak buat... senang je... lenyek-lenyek, gaul-gaul, goreng-goreng... tadaaaa siapppp \(^_^)/

Bahan-bahannya :-
a) 20 biji pisang @ sesisir pisang emas bantan
b) Tepung gandum secukupnya (lebih kurang 15 sudu makan)
c) 1 1/2 sudu makan gula pasir
d) Secubit garam
e) Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara :
1. Buang kulit pisang, masukkan kedalam mangkuk kemudian masukkan gula & garam & ramas hingga hancur.
2. Masukkan tepung gandum secukupnya (pastikan tidak terlalu lembik @ keras)
3. Panaskan minyak kemudian sudukan adunan @ guna tangan pun boleh.
4. Goreng sampai kekuningan/coklat
5. Siap

2 comments:

  1. Cekodok pisang...yum..yum minum lak ngan kopi pekat.. meletup

    ReplyDelete
  2. @Rosmawati Yusof : makan time panas2 lagi la kak kim... sedar2 licin sepinggan layan sorang2... =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...