Ni last saturday punya cerita..
my big bro datang lepak ujung minggu so masa kitorang tengah syok-syok layan ulangan Raja Lawak kat laptop tiba-tiba.... plop!!... BLACK OUT!!! >_<
biasanya tak sampai 2 minit elektrik akan sambung balik tapi ni tunggu punya tunggu tak sambung-sambung jugak, sudahnya amik raket sorang sebatang main badminton depan umah. Daripada jadi ikan bakar dalam umah baik exercise kat luar. Tengok ramai jugak jiran-jiran buat aktiviti kat luar umah, sedap sikit berangin je.. Sampai jam 1900 pun elektrik still tak sambung-sambung lagi, call TNB tanya kenapa, rupanya ada dalam 21 substation rosak dah tentu amik masa sikit la untuk diorang repair..
Maknanya lambat lagi la elektrik nak pulih, so timbul la unplan aktiviti, daripada dok kat umah bertemankan cahaya lilin, nyamuk & kepanasan baik pegi main bowling sementara tunggu elektrik sambung balik. Cadang nak ke alamanda je tapi mesti ramai orang pegi sana cause kawasan yang terlibat black out pun besar, akhirnya menuju ke Jaya Jusco Seremban2..
sampai JJ dalam pukul 2100, ramai betul orang... weekend la katakan, nasib baik senang dapat parking cause ngam-ngam sampai ada customer keluar kalau tak jenuh la pusing-pusing cari parking. JJ ni weekday pun full manjang. Sampai-sampai terus gi MPH cam biasa la memborong graphic novel... =)
Sampai kat bowling, ramai betul orang tengah enjoy beraktiviti.. terpaksa la tunggu turn cause ada beberapa line buat tournament lagi la waiting list jadi panjang.. sementara tunggu tu layan kerusi ni dulu... ~Rest N Go~
ada ke orang guna kerusi ni sampai 30 minit... ~_~
senarai segala harga...
penantian berakhir, dapat line 14 tapi langsung tak memuaskan.. dengan monitor stuck lagi, kasutnya toksah cerita.. bila mintak saiz 6 ~ tu dia, ni kasut ke apa.. koyak rabak, depan koyak tengok belakang berlubang terus. Patutnya dah lama masuk tong sampah dah kasut tu tapi diorang still guna lagi, memang tak jaga langsung. Kalau korang tengok pun mesti korang tak selera... tak sempat nak snap gambar sebagai bukti cause terpaksa tertinjau-tinjau amik kasut sendiri sebab staff layan tak layan je, mintak 1 kasut then terus blah, kita plak terpaksa panggil-panggil dia last-last amik sendiri je la... rosak mood nak enjoy =(
mula la beraksi
baling jangan tak baling..
straight ye jangan ke laut... =D
game pertama... 100 pun tak sampai ^^,
game yang kedua pun sama je, masing-masing tak dapat rentak... dah lama tak membowling... ehehe
keluar dalam pukul 2330... lampu dah tutup, parking pun dah kosong... selesai unplanned activity & kesimpulannya ni la first n last main bowling kat sini cause banyak yang tak memuaskan melainkan datang dengan equipment sendiri boleh la...
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment