ni kurang hitam sebab tak letak lebih kicap =) |
Bahan-bahan :-
(A)
500 gm daging lembu
(B) ~ dikisar
Cili kering (ikut rasa pedas yg disukai)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2" halia
1 sudu besar jintan putih a.k.a jintan halus
1/2 sudu besar jintan manis a.k.a jintan kasar
(C)
Suku cawan kicap manis @ lebih (kalau nak lebih hitam)
1 sudu besar gula
1/2 cawan kerisik @ ikut citarasa
2 helai daun kunyit (dimayam halus)
Cara Membuat :-
1. Perap daging dengan kesemua bahan kecuali kerisik & daun kunyit selama 1-2jam (lagi lama lagi baik).
2. Tuang kesemua daging yang diperap kedalam kuali bersama kerisek.
3. Masak daging dengan api perlahan tanpa menambah air. Tutup kuali.
4. Tapi jika air telah kering tapi daging masih belum empuk, boleh ditambah air sedikit sahaja hingga daging empuk.
5. Masukkan daun kunyit, garam & masak hingga kering.
p/s :: Makan dengan nasi panas memang terangkat... ^^
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment