Tuesday, June 14, 2011

Mashed Potato With Gravy

yummy...yummy..
check it out resepinya, makan tanpa gravy pun sedap jugak.. >_<

Bahan-bahan mashed potato :-
1) 4 biji kentang saiz besar.
(saya guna kentang holland, usa pun sedap jugak tapi kalau dapat russet lagi best, gebu je)
2) Air secukupnya untuk mengukus.  
3) *2 sudu besar butter.
4) *2 sudu besar mayonies.
5) *1/4 cawan susu segar / fresh cream.
6) *1 sudu kecil black paper.

Cara-cara :-
1. Panaskan air dalam periuk kukus.
2. Kupas kulit kentang & potong kecil-kecil supaya cepat empuk/lembut.
3. Masukkan dalam periuk kukus & kukus selama 15minit @ hingga kentang lembut.
(cucuk dengan garpu)
4. Masukkan kentang kedalam mangkuk & campurkan semua bahan bertanda (*).
5. Lenyek kentang hingga hancur bersama bahan-bahan tadi.
6. Siap mashed potato's nya, ketepikan.

---------------*---------------*---------------*--------------

Bahan-bahan untuk gravy :-
1) 2 ulas bawang putih dicincang.
2) 2 sudu kecil black paper.
3) *2 sudu besar sos worcestershire (saya guna jenama lea & perrin~boleh beli kat tesco)
4) *4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air.
5) *1 sudu kecil stock ayam (guna kiub knorr pun boleh, kalau dapat sup lagi sedap)
6) 1/2 sudu besar tepung jagung + sedikit air utk memekat kuah.
7) Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara :-
1. Tumis black paper & bawang putih seketika, jangan sampai garing nanti sos tak sedap.
2. Masukkan bahan bertanda (*), masak hingga mendidih.
3. Masukkan sikit-sikit air tepung jagung hingga sos tak terlalu pekat @ cair.
4. Boleh tambah air jika terlalu pekat.

---------------*---------------*---------------*---------------

Hidangan :-
Scoop mashed potato dengan scoop aiskrim kedalam piring kemudian tuang sos keatasnya & ready untuk dimakan.



2 comments:

  1. @fierapirot :: 1st time bt ni, mmg sedap fiera, mkn gitu je takyah gravy pun dh best dh.. klau yg kfc nya rasa ngan bau kentang kuat bila mkn tp yang ni tak, susu ngan mayonies dh tolong cover... nyum..nyum.. ^^,)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...