Buat untuk sarapan pagi @ minum petang sangat sesuai... Makan time panas-panas baru turun dari kuali lagi best...
Bahan-bahan :-
(kuantiti ikut citarasa)
1. Tepung gandum
2. Anak udang / udang kertas
3. 1 labu bawang besar(belah dua & hiris nipis)
4. Daun kucai (potong 1/2'')
5. Taugeh (saya suka letak banyak)
6. Garam halus secukupnya
7. Serbuk kunyit secukupnya
8. Serbuk penaik secukupnya (jangan letak soda bicarbonat)
9. Air secukupnya
10. Minyak untuk menggoreng
Cara :-
1. Masukkan garam, kunyit & sedikit air kedalam mangkuk. Pastikan garam hancur.
2. Masukkan tepung gandum & serbuk penaik. Masukkan air sedikit demi sedikit & gaul hingga adunan rata, tidak terlalu pekat @ cair.
3. Masukkan udang, bawang besar, kucai & taugeh. Gaul hingga sebati.
4. Panaskan kuali & goreng hingga kekuningan.
Note : Kalau letak soda bicarbonat akan wujud tindakbalas kimia menyebabkan adunan menjadi merah ketika digoreng so jangan guna ye.
nnt kita cuba . hehehe
ReplyDeleteMIRA NAK GEMOK!!!
@Amiirah-Cassan :: sampai kat cni ekk dia BW.. kang kita g nyebuk2 kt blog dia plak... weeee
ReplyDeletesedap ni cucur udang ni... try jgn tak try.. >_<
lorrr org nk kurus dia nk gemuk plak... kurus sgt ke.. sayur sume makan x? mungkin anda ditakdirkan utk kurus selamanya... hahaha =D
hahaha tak , mira tak mkn sayur , huhuhu
ReplyDeletecucur udang mmg best !! hihi
@Amiirah-Cassan :: patut la... diet x seimbang tu... ^_~
ReplyDeletekita pun ada sorang kwn kerempeng jgk, dia pun nk bg naik bdn tp x penh brjaya... agaknya mmg genetik kurus kot...
janji sihat yg penting... kdg tu kurus takut ada hyperthyroid.. kdr metabolisma terlalu tinggi, klau tak dirawat boleh rosak organ2 penting dlm bdn.... ^_^"
Salam perkenalan... terasa lapar pulak perut ni bila tengok cucuk udang bersayur ni... nanti nak trylah ya...
ReplyDelete@mutiara hati :: haii, cuba jgn tak cuba... bila dh letak sayur byk2 jd lagi sedap lngsung tak rasa tepung nya.... selamat mencuba ^^,)
ReplyDeleteBest la blog ni...
ReplyDeleteBleh belajar masak kat sini...^^
@Bella :: sila2... takde la byk resipi pun sebab ni bukan blog khas utk resipi, sy cuma post apa yang sy masak je... harap dpt membantu..
ReplyDeleteanyway thanks for comment.. =)