Tuesday, June 7, 2011

Char Kuey Teow

dah lama sangat nak buat char kuey teow dan ni baru berpeluang gara-gara baru jumpa sos ikan...hehehe
char kuey teow ni kena masak sepinggan-sepinggan, kalau gandakan bahan untuk masak sekali gus  berpinggan-pinggan nanti jadi tak sedap..
yang ni tak letak udang tu pasal nampak kerang je... =)

jom tengok bahan-bahannya :-
1. 1 sudu minyak masak
2. 1 ulas bawang putih (dicincang)
3. 1 sudu pes cili
4. 5 ekor udang
5. 1 genggam kerang
6. 1 sudu sos tiram
7. 1 sudu kicap cair masin
8. 1 sudu sos ikan
9. 1 genggam kuey teow
10. sedikit taugeh
11. sedikit kucai (dipotong 1" @ 2")
12. sebiji telur
13. 1/2 @ 1 cawan air ~ ikut saiz cawan la, kalau nak berkuah lebihkn air

cara-caranya :-
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang putih & pes cili (goreng sekejap).
3. Masukkan udang (goreng sekejap)
4. Masukkan sos tiram, sos ikan, kicap cair & air. 
5. Masukkan kerang & kuey teow & biar mendidih seketika.
6. Masukkan taugeh & kucai.
7. Kecilkan api kemudian masukkan telur.
8. Pecahkan telur kuning & gaul2 shingga rata seketika kemudian angkat. 

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...