Tuesday, June 7, 2011

Sagu Gula Melaka

menu simple sesuai sangat untuk buat minum petang @ buat berbuka puasa... dimakan sejuk lagi sedap..

Bahan:-
1 cawan sagu mata ikan dibasuh & direndam seketika.
5 cawan air @ secukupnya

Bahan untuk kuah :-
100 ml santan segera + 1 cawan air
4 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk gula :-
1 cawan gula merah lembut
1 cawan air
1 helai daun pandan disiat

Cara-cara :-
A) untuk sagu
1. Panaskan air hingga mendidih, masukkan sagu, kacau hingga berkilat & jernih. Tambah air jika perlu. Agak-agak, jangan terlalu banyak nanti sagu lembik susah nak beku.
2. Angkat & masukkan kedalam acuan kecik-kecik. Sejukkan pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam peti ais untuk lebih sejuk.

B) untuk kuah
1. Masukkan santan, gula pasir & garam kedalam periuk.
2. Kalau nak santan lebih cair, tambahkan air lagi.
3. Panaskan hingga santan masak.

C) untuk gula
1. Masak gula merah, air & daun pandan hingga gula hancur.

Hidangan :-
keluarkan sagu yg telah beku & sejuk dari acuan kecil. Masukkan kedalam mangkuk. Curahkan santan & sedikit gula merah. Sedia untuk dimakan.

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...