Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket

Friday, June 24, 2011

Bergedil Daging / Ayam

Jom layan bergedil... makan gitu best makan dengan nasi pun best..

 Bahan-bahan :-
1. 5 biji kentang saiz besar (saya guna kentang holland)
2. Daging /  isi ayam dipotong @ cincang halus
3. 1 labu bawang  besar dicincang
4. Sedikit serbuk black paper (optional)
5. Sedikit daun bawang & daun sup potong halus (optional)
6. Sedikit garam halus
7. Sebiji telur (untuk salut)

macam mana nak tahu empuk, cucuk dengan garfu
Cara Membuat :-
1. Kupas kulit kentang, potong dadu dan kukus selama 10minit @ hingga empuk seperti dalam gambar.
2. Setelah empuk, angkat ke dalam mangkuk, masukkan garam, black paper & lenyek hingga hancur.
3. Kemudian masukkan daging/ayam, bawang besar, daun bawang & daun sup.
4. Gaul hingga rata & bentukkan bulat-bulat ikut citarasa.
5. Masukkan adunan yang telah dibentuk kedalam peti ais suhu biasa seketika bertujuan mengeraskan sedikit adunan. (kalau nak terus goreng pun boleh)
6. Pecahkan telur & ketuk seperti nak buat telur dadar.
7. Celup begedil kedalam telur & masukkan kedalam minyak yang cukup panas.
8. Setelah sebelah permukaan telah garing terbalikkan sekali sahaja dalam proses menggoreng.

Note : 
1. Jangan goreng terlalu banyak bergedil untuk sekali goreng macam goreng cekodok. (saya masukkan 4 ketul untuk sekali goreng)
2. Jika bergedil bercamtum, jangan cuba untuk pisahkan nanti begedil akan pecah.  
3. Kalau boleh terbalikkan kesemua bergedil serentak.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...