Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket
Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Burger Bakar Abg Burn


Tengok aje lah saiz burgernya... terliur tak.. =D
Semenjak dua menjak ni kan famous burger bakar so jom try Burger Bakar Abg Burn..
Yang ni gerai cawangan Nilai, berlokasi di MMA SANTAI CORNER..
Beroperasi dari petang sampai ke tengah malam.. ada banyak lagi gerai-gerai lain kat situ... Kalau nak berkunjung ke gerai ni, sila bukak mata luas-luas ye.. faham-faham ajelah, sudah la pegi time malam, agak samar-samar gitu cahayanya pastu pulak gerai ni warna hitam.. dah macam cari barang tersembunyi pun ada >O<"

Rasanya pulak... hrmmm... tidak mengecewakan~sedap, perasa semua perfect & daging pun tak terlalu kering.. jenuh jugak la nak habis kan seketul burger daging bakar ber'cheeze' + 3 ketul sosej... yang sebelah tu pulak.. burger kambing bakar + ring onion... kalau makan time perut tak berapa lapar, potensi untuk tak habis tu cerah la... Harga plak~~~ alamak terlupa la, yang pastinya berpatutan.. dalam RM10-RM12.. kalau burger sahaja tak sampai RM10.. Nanti saya update harganya ye...

Selamat menjamu mata.... 
(*^^,)/

Friday, February 17, 2012

New Year Burger

Yessss.... it's Mc Donald Prosperity Burger!! 




Cuci mata yea... kekekee 
Dalam setahun ada la dalam 3 bulan je burger ni interfrem. Hujung tahun hingga la awal tahun tu pasal jadi burger tahun baru, macam time musim sejuk je kat negara 4 musim tapi kat Malaysia ni hujung tahun musim tengkujuh dan awal tahun panas. Makan time cuaca panas ditambah pulak dengan limpahan sos lada hitam yang berlinangan tu, memang nak terbakar lidah rasanya. Tu sebab la saya tak pernah pass makan burger ni. Tak pernah berjaya makan sebiji pun, paling power pun daging dengan roti sekerat je tu pun dah siap lap-lap sosnya... 

So "i'm lovin' it" tu kasi tukar ke "i'm not really lovin' it"... hehehaha T__T

Friday, August 12, 2011

Rendang Daging Warisan

Assalamualaikum...
Selalunya buat rendang ayam & kalau daging buat kari je tapi kali ni daging buat rendang pulak... teringat rendang ayam mak time raya makan ngan ketupat daun kelapa...best..best.. tak sabar pulak nak raya...
hai selamat hari rayaaaa...ehehehe
Jom jenguk-jenguk bahannya :-
1) 1/2 kg daging batang pinang (dihiris agak nipis)
#2) 5 tangkai cili kering (suka pedas letak la lebih)
#3) 1@2 labu bawang besar
#4) 5 ulas bawang putih
#5) 1" halia
#6) 1" kunyit hidup
#7) 1" lengkuas
#8) 2 batang serai
9) 1/2 biji santan kelapa 
10) 3 sudu makan kerisik
11) Rempah biji (digoreng & ditimbuk halus)
12) 2 helai daun kunyit (dihiris halus)
13) 3 helai daun limau purut (dihiris halus) optional
14) 1 keping asam keping
15) Garam secukup rasa

Cara-cara :-
1. Kisar bahan yang bertanda (#)
2. Gaul daging dengan bahan dikisar tadi, rempah biji yg ditumbuk halus & kerisik kemudian diperap 1/2 jam.
3. Terus masuk dalam kuali (tak perlu tumis), kacau hingga daging hampir empuk.
4. Kalau air dah kering tapi daging masih belum empuk, boleh tambah sedikit lagi air (jgn byk2)
5. Masukkan santan, limau purut, daun kunyit & asam keping.
6. Bila santan/kuah dah mula pekak boleh masukkan garam secukup rasa.

S!ap ^__^

Note : Kalau nak buat rendang ayam pun basic sama jugak cuma kena tambah air sikit la sebab ayam lambat sikit nak empuk... nak-nak ayam pencen, liattt >__<


Friday, June 24, 2011

Bergedil Daging / Ayam

Jom layan bergedil... makan gitu best makan dengan nasi pun best..

 Bahan-bahan :-
1. 5 biji kentang saiz besar (saya guna kentang holland)
2. Daging /  isi ayam dipotong @ cincang halus
3. 1 labu bawang  besar dicincang
4. Sedikit serbuk black paper (optional)
5. Sedikit daun bawang & daun sup potong halus (optional)
6. Sedikit garam halus
7. Sebiji telur (untuk salut)

macam mana nak tahu empuk, cucuk dengan garfu
Cara Membuat :-
1. Kupas kulit kentang, potong dadu dan kukus selama 10minit @ hingga empuk seperti dalam gambar.
2. Setelah empuk, angkat ke dalam mangkuk, masukkan garam, black paper & lenyek hingga hancur.
3. Kemudian masukkan daging/ayam, bawang besar, daun bawang & daun sup.
4. Gaul hingga rata & bentukkan bulat-bulat ikut citarasa.
5. Masukkan adunan yang telah dibentuk kedalam peti ais suhu biasa seketika bertujuan mengeraskan sedikit adunan. (kalau nak terus goreng pun boleh)
6. Pecahkan telur & ketuk seperti nak buat telur dadar.
7. Celup begedil kedalam telur & masukkan kedalam minyak yang cukup panas.
8. Setelah sebelah permukaan telah garing terbalikkan sekali sahaja dalam proses menggoreng.

Note : 
1. Jangan goreng terlalu banyak bergedil untuk sekali goreng macam goreng cekodok. (saya masukkan 4 ketul untuk sekali goreng)
2. Jika bergedil bercamtum, jangan cuba untuk pisahkan nanti begedil akan pecah.  
3. Kalau boleh terbalikkan kesemua bergedil serentak.



Friday, June 17, 2011

Rendang Daging Hitam

ni kurang hitam sebab tak letak lebih kicap =)

Bahan-bahan :-
(A)
500 gm daging lembu

(B) ~ dikisar
Cili kering (ikut rasa pedas yg disukai)
2 labu bawang besar 
4 ulas bawang putih 
2" halia
1 sudu besar jintan putih a.k.a jintan halus 
1/2 sudu besar jintan manis a.k.a jintan kasar

(C)
Suku cawan kicap manis @ lebih (kalau nak lebih hitam)
1 sudu besar gula
1/2 cawan kerisik @ ikut citarasa
2 helai daun kunyit (dimayam halus)

Cara Membuat :-
1. Perap daging dengan kesemua bahan kecuali kerisik & daun kunyit selama 1-2jam (lagi lama lagi baik).
2. Tuang kesemua daging yang diperap kedalam kuali bersama kerisek.
3. Masak daging dengan api perlahan tanpa menambah air. Tutup kuali.
4. Tapi jika air telah kering tapi daging masih belum empuk, boleh ditambah air sedikit sahaja hingga daging empuk.
5. Masukkan daun kunyit, garam & masak hingga kering.

p/s :: Makan dengan nasi panas memang terangkat... ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...