Saturday, February 4, 2012

Ketam Bunga Di Hujung Minggu

Hai...
Rasa-rasanya dah lama tak post entry masak memasak kat sini, last time pun dah tak ingat bila tahun lepas la tu.. hehehe ^^ So hari ni kita layan ketam bunga di hujung minggu.. kata orang coklet 'flowering crab' tapi kata orang putih tak tahu la apa o__O 
Dah lama tak makan ketam so sometimes terasa jugak la nak merasa seafood bercengkerang ni. Kali ni rebus aje lah, simple... asyik masak rempah-rempah, lemak-lemak je kang tak muat pulak IJN tu.. kolestrol tinggi =)

Belum masak macam ni la rupanya. Dalam kuali ni semuanya ketam betina, kalau ketam jantan tu handsome la sikit warnanya biru-biru tapi saya lebih suka ketam betina sebabnya ada telur dan lebih berat dengan isi. Well, kita kan nak makan isi bukan nak makan kulitnya... ^^,)

Dah masak, apa lagi... moh la kita bersantap. Yummy...yummy!!
Jemput tengok  gambar ye (^__^)v

Tips : Kalau nak beli ketam tu beli time bulan penuh, maksudnya 15hb atau hujung bulan 30hb. Guna kalender Islam tau. Time tu isi ketam pun penuh, berat la ketamnya kalau time lain ketam-ketam tu diet... T__T 

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...