Tuesday, February 14, 2012

Petua Dapur

1. Bekas gula didapur sering menjadi tumpuan semut. untuk mengelakkan daripada dihurung serangga tersebut, letak tiga atau empat biji bunga cengkih.

2. Bagi membuatkan kulit badam mudah ditanggalkan, rendamkan dulu dalam air panas selama 15-20 minit.
3. Sapukan sedikit jus lemon diatas permukaan hirisan epal bagi mengelakkan ia menjadi lebam. Hirisan epal akan nampak segar lebih lama.

4. Untuk mengekalkan kesegaran batang seleri lebih lama, bungkus dengan foil aluminium dan letakkan dalam peti sejuk.

5. Jika permukaan kulit melecur terkena api atau air panas, segera sapukan pisang lecek untuk memberi kelegaan.

6. Jika permukaan kulit terkena minyak panas, sapukan minyak masak sejuk dengan segera pada permukaan tersebut bagi mengelakan permukaan tersebut mengelembung dan berasa perit. 

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...