Saturday, April 7, 2012

Final Episode At Pulau Langkawi

Hai...hai ^^
Link 3D2N di Langkawi, cer klik ----> Part 1Part 2Part 3Part 4HomestayDataran Lang and this is the final episode... Wah dah lepas sebulan baru nak keluar episod terakhir... Biar lambat asalkan selamat... kekeke..     

Pagi Ahad bermakna hari terakhir di Langkawi. Lepas semua dah ready dengan semua beg dan segala extra beg dah di masukkan dalam van terus check out dan destinasi pertama menuju ke "Cable Car" sekali lagi. Masa hari pertama tu tak jadi naik sebab "Curved Suspension Bridge" tu ditutup sebab cuaca tak mengizinkan. Dek kerana jambatan melengkung tu menjadi matlamat utama so diputuskan naik pada pagi Ahad.  


 Seawal jam 8.30am dah sampai kat Sky Cab counter. Dengan semangat yang berkobar-kobar collect "My Card" masing-masing  then line-up. Ramai jugak la pengujung yang dah beratur. Tengah-tengah beratur tu tiba-tiba announcement berkumandang ~Cable Car ditutup semantara kerana cuaca buruk!!~ Adoi... kecewanya ><


Macam ni la keadaan atas bukit sana selepas pengumuman penutupan sementara operasi kereta kabel. Masa ni cuaca pun berangin je macam nak hujan. Then father in law decided tunggu sampai pukul 11am, kalau tak bukak jugak maknanya takda rezeki la tu nak naik "Langkawi Cable Car" la tu.


 Dek kerana masih awal, Animal Farm ni pun tak bukak lagi. Snap gambar main entrance aje lah.. =) 


 Sambil-sambil nak tunggu kereta kabel beroperasi semula, jalan-jalan kat dalam kawasan cable car ni... Permandangannya memang cantik, kawasan tu dijadikan macam sebuah bandar dengan tasiknya, janbatan gantung siap ada sepasang itik bebas jalan-jalan kat taman ni sebelum terjun masuk dalam tasik kat belakang tu...


  Banggunan kuning kat belakang tu ~ hotel

Ni jambatan gantungnya...

Ni pulak aktiviti bagi ikan makan. Makanan ikan boleh beli dengan harga RM1.00 kat kaunter belakang tu tapi tak nampak pulak dalam gambar ni.. ^^ Banyak sangat ikan, itik pun ada...


Nampak gayanya sampai pukul 11am pun kereta kabel masih tak beroperasi sebab cuaca semakin buruk dengan hujan turun dan station-station atas bukit tu pun dah tak nampak langsung ditutupi kabus tebal... Maka balik la kami dengan penuh kehampaan.. Huhuhuhuuu.. Ni la namanya kita merancang tapi Tuhan yang menentukan. Takde rezeki kali ni, nampak gaya macam nak suruh datang lagi sekali je... kekekekek XD


Dari cable car terus menuju ke Jetty Point.


 Perkara pertama yang perlu dibuat kena la beli tiket balik dulu. 11 keping tiket menuju ke Kuala Perlis pada perjalanan 2.30pm..


 Selesai beli tiket, menuju ke destinasi terakhir.. tempat ni wajib pegi, mercu tanda Pulau Langkawi ~ Dataran Lang


 Fuh, panas terik time ni... tengah hari buta orang kata... =D
Kat bawah helang yang ready nak departure ni ada ular sawa batik so pada yang nak ambik gambar ke boleh la... Klik kat SINI aktiviti dengan ular sawa....   


Panas-panas pun redah je, ready semua... say kimchiiiii!!


 Kat dalam Jetty Point... Pegi 2 beg je tapi bila balik, beranak pulak begnya... eheheheheh


 Feri yang bakal dinaiki... Bukan je penuh dengan orang, sarat dengan barang-barang jugak...


 Sekitar jam 4.00pm selamat tiba di Jeti Kuala Perlis...


 5.30pm bergerak meninggalkan Negeri Perlis Indra Kayangan... Selamat tinggal, mungkin akan tiba lagi suatu hari nanti...


Menuju ke Negeri Perak... Nasib baik tak terus balik ke Purtajaya, kalau tak dekat 500km  nak kena redah tu... 

Tak ingat dah pukul berapa tiba kat R&R Sungai Perak ni, berhenti solat & makan malam kat sini, rehat-rehat sebelum meneruskan perjalanan pulang...


  3D2N Vacation ke Langkawi berakhir dengan jayanya walaupun ada kekurangan disana sini tapi tetap puas dapat meluangkan masa berkualiti dengan keluarga. Ke utara sudah, next destination kemana pulak... hrmm, mungkin ke selatan atau mungkin juga ke pantai timur?! Tungguuuuuu.... ^___________^

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...