Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket

Thursday, August 25, 2011

Ho Ho Ho Balik Kampung

Perjalanan jauh tak ku rasa..
Kerna hati ku melonjak sama..
Ingin berjumpa sanak saudara..
Yang selalu bermain dimata..
ehehehe... lebih-lebih pulak =D


Assalamualaikum...
Petang ni rancang nak balik kampung berhari raya... tu sebab la terlebih seronok rasanya, mudah-mudahan perjalanan lancar & selamat sampai... Jom layan vid ni, menaikkan lagu mood raya... ^____^


Selamat bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri !!!




Suasana Hari Raya

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah nak hampir sebualn kita berpuasa maknanya beberapa hari je lagi lebaran bakal menjelma... sedih rasanya nak meninggalkan bulan yang penuh barakah ni tapi kita masih dituntut untuk bergembira di hari raya... mudah-mudahan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki untuk berpeluang menemui lagi penghulu segala bulan pada tahun-tahun akan datang, insyaALLAH...


Tak mau celoteh banyak-banyak.... jom layan lagu ni ~ memang nostalgia, berapa abad pun umur lagu ni tetap best!!



Bila sebut pasal raya memang tak sah kalau tak buat biskut raya kan... tu belum lagi cerita pasal kasut raya, baju raya, tudung raya dengan segala macam la yang nak beraya...ehehehe.. ni la rupa & gayanya biskut raya ku tahun ni... segala-galanya asas cornflakes & mix fruit tapi rasa lain-lain tau... hik..hik...hik....


Dari kiri cornflakes choco, biskut buah, cupcake buah, cupcake choco with chocolate chips & almond nut, biskut cornflakes & cornflakes honey berbijan... yang mix fruit tu semuanya requested dari along ku, dia memang suka sangat kek-kek buah ni @ yang berasaskan mix fruit... memang laju la dia... ^____^


Jom layan vid ni pulak.... super cuteeee >_<


 Kanak-kanak la yang paling happy time-time raya ni.... \(^__^)/

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA READERS !!
Berhati-hati dijalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi...

Wednesday, August 24, 2011

Puasa Yang Yok

Puasa yang yang yok, 
Pagi-pagi jenguk dalam periuk...
haiii... dah naik bersawang blog ni tak ber'update' sejak-sejak puasa ni... memang berkurangan sangat aktiviti mem'blogging'... 
Jom tengok gelagat budak-budak bulus ni dok terbungkang tengah-tengahari bulan-bulan puasa ni...

Depan Millo & belakang tu dah tentu-tentu la Chitam... jelas sangat kegelapannya >_<

Ni pulak Chimot, adik beradik Chitam... memang terkenal ngan kaki tido tak kira masa... nak tido punya pasal sanggup buat tak tahu je walaupun letak plate depan mata..

Ni pulak si Bulan sibuk mengira butir nasi agaknya... kira berapa banyak yang telah dimakan oleh Bintang kot tu... yang nampak badan ngan ekor je tu la Bintang... susah nak dapat snap gambar budak ni ~ suka main sendiri-sendiri tak peduli orang lain...

Entry sebelum ni si Bintang tercicir tapi kali ni baru la dapat snap the whole family... semua ni meow-meow yang saya adopt, lahir kat belakang rumah jiran-jiran... masing-masing hadir dengan pelbagai ragam & perangai... diorang cuma kucing~hanya tahu makan, minum, main & tido je... apa salahnya hulurkan secebis kasih sayang... kita tak rugi apa-apa pun... betul tak??

Happy Birthday To Me

ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan kamu...
ehehhehe 24hb August saban tahun adalah tarikh keramat dimana saya dilahirkan pada hari ini bersamaan Hari Raya Haji kira-kira pada 26 tahun lalu... 12 hari lepas abah bagi hadiah yang diilhamkan oleh alongku dan hari ni hadiah dari hubby pulak.... abang kurier tolong hantarkan...

Siap plastik-plastik lagi... kalau dah kurier macam ni la gayanya nak-nak lagi kalau fragile....
ni la hadiahnya...
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
v

Very simple but nice & sangat bermakna....
Thanks a lot abang !!
Love you more n more n more!! 

Friday, August 19, 2011

Masih Ada Yang Sayang

Assalamualaikum....
Kasih sayang semestinya tak boleh dibeli dengan wang ringgit... sebelum ni penah buat entry tentang Ocean & Millo tapi sayangnya tak pulak yang sudi nak adopt diorang maka jadi la dulu 2 sekarang 7.. apa benda 2 & 7 tu??... tengok bawah ni..
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

makan time..
Kata 7 tapi ada 6 je... sebabnya sekor lagi dah tercicir... si Bulan tu ada kembar sebijik bulu macam dia nama Bintang, kadang tu confuse jugak nak beza budak dua ekor ni... si Bintang ni asyik tercicir je, yang lain sibuk nak makan dia boleh buat derk je...

Dulu adopted Chimot & Chitam... dah umur 8 bulan pun...

Sekarang ni adopt 4 beradik ni pulak, cian pulak tengok budak-budak ni terbiar macam tu je... sekadar bagi makan dengan sedikit sentuhan kasih sayang...
Ni Millo ~ makan tak reti rebut-rebut... kalau tak letak makan depan dia jangan harap la dia nak ambik makanan dalam pinggan.. tapi sangat manja, kemana kaki melangkah mesti dia nak ikut... penah sekali tertolak dia jatuh longkang sebab tak perasan dia ikut... mjur la longkang tak dalam...

Ocean ni hyperactive nak-nak time pagi & malam... bagi nama ocean sebab mata dia biru =D
kerana tersangat aktif dia la abis terkopak-kopak pintu dapur dia tarik-tarik, gigit-gigit hari-hari... >_<

Yang kat dalam longkang tu Bulan.... tepi pintu tu Millo...
Bintang tercicir lagi.... next time kalau dapat snap gambar dia baru la boleh upload... tunggu ye...

Yang ke 7 ~ IBU... dia ni mak kepada Chimot & Chitam.... dulu dia on off je tapi sekarang makin rajin dia lepak sini. Mula-mula dulu Chimot & Chitam tak sebulu ngan budak-budak kecik ni tapi nasib baik sekarang ni dah makin mesra... ok la tu kalau tak asyik bercekau je masing-masing...

Masih Ada Yang Sayang!!

Tuesday, August 16, 2011

Buah Melaka

Assalamualaikum.... 
Salam Ramadhan hari ke 16.... 2,3 ari tak berblogging, balik kampung~rumah husband so hari ni kembali turun ke dapur ^__^... cuci mulut untuk berbuka harini.... buah melaka a.k.a ondeh-ondeh.. eh ke onde-onde??!?
confuse jab... erm.... mana-mana la... ehehehehe... ada jugak yang panggil puteri terjun kat belah sarawak la..


Bahan-bahannya :-
a) Tepung pulut
b) Beberapa helai daun pandan (diambil patinya~boleh tumbuk @ bland)
c) Gula melaka (potong kecil-kecil)
d) Air secukupnya untuk merebus
e) Kelapa parut secukupnya + secubit garam (gaul rata)

Cara-cara :-
1. Uli tepung pulut dengan pati pandan hingga menjadi doh (masuk pati sikit-sikit~jgn terlalu lembik).
2. Cubit doh sebesar ibu jari, masukkan gula ditengahnya & bulat-bulatkan.
3. Didihkan air didalam periuk.
4. Masukkan doh yang telah digentel bulat kedalam periuk, rebus hingga masak.
5. Angkat, toskan seketika & golek-golekkan/lumur didalam kelapa parut.
6. Bolehlah dihidang...

Note : 
1. Seeloknya daun pandan ditumbuk, jika dikisar memerlukan air yang agak banyak untuk mengisar menyebabkan pati menjadi cair.
2. Macam mana nak tahu doh masak?... kueh akan naik ke permukaan bila masak~ 2 sebab ada teka teki buah apa yang bila masak naik ke atas... =D


Friday, August 12, 2011

Hadiah Hari Lahir

Hihihi.... geli hati pun ada, happy dah semestinya... nak tahu kenapa?
tahun ni dapat hadiah hari lahir awal 2 minggu++... tengok ni apa hadiahnya...

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l  
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

tak kan tak tahu benda ni apa....~ Mesin Kelapa

Alkisahnya my big brother yang plan nak bagi hadiah ni tapi dek kerana tak berkesempatan nak pegi survey harga benda ni, dia pesan kat abah tolong survey kan... tup tup dia balik-balik tengok abah dah siap-siap belikan... hahahaha along punya plan tapi abah yang tukang belikan... ^^

tapi memang best la bila dah ada mesin ni, kerja memasak jadi semakin cepat, mudah & pantas... kalau dulu (sebelum ada mesin ni la) memang exercise satu badan memarut kelapa guna sejenis alat yang dipanggil...

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l

Pengukur kelapa ~ dah lebih 20 tahun umur benda ni... tak caya tapi tu la hakikatnya... turun dari mak, nasib baik bukan dari nenek kalau tak 3 dekat la umurnya... sangat bagus besi dulu sebabnya mata pengukur ni masih lagi tajam & dalam keadaan baik...

dua minggu lepas tradisional tapi minggu ni dah moden... daripada sebiji kelapa macam ni tak sampai 10 minit jadi macam ni...

l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V


Alhamdulillah.... thanks to my abah & my along ^__^
 Happy early birthday to meeeee...

Lompat Tikam

Assalamualaikum...
2 ari lepas buat kueh yang popular kat kelantan ni untuk kali pertama... saya tak berapa suka makan tapi encik hubby sangat la suka so buat kat dia la... suka-suka dia pun dok banyak tu jugak dia makan... nak-nak time puasa ni, masuk air segelas terus kenyang... ^^''

A : Bahan untuk air gula
a) 1 cawan gula merah halus/gula melaka
b) 2 cawan gula putih/pasir
c) 1 cawan air
d) Sehelai daun pandan (disiat)

B : Bahan untuk lapisan hijau
a) 1 cawan tepung beras
b) 1 sudu makan tepung jagung
c) 2 3/4 cawan santan cair (resipi asal 3 cawan)
d) 1/2 cawan jus pandan (kisar dengan santan cair)
e) Sedikit pewarna hijau
f) 1 sudu teh air kapur
g) 1/2 sudu teh garam

C : Bahan untuk lapisan putih
a) 1 1/2 cawan tepung beras
b) 1 sudu makan tepung jagung
c) 3 3/4 cawan santan pekat (resipi asal 4 cawan)
d) 1 sudu teh garam

D : Bahan untuk pulut pink
a) 1 cawan pulut
b) Sedikit pewarna merah/ros
c) Suku cawan santan pekat + secubit garam

Cara-cara memasak :-
Bahan A : Masukkan semua bahan dalam periuk & masak hingga larut & sedikit pekat.

Bahan B & C
1. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk & kacau dengan pemukul telur hingga larut & tapis.
2. Satukan semua bahan C dalam mangkuk & kacau hingga larut.
3. Panas pengukus & sapu loyang bersesuaian dengan edikit minyak sekelilingnya.
4. Panaskan seketika loyang & tuang semua adunan bahan B, kukus selama 15 minit.
5. Cakar sedikit permukaan lapisan hijau (B) dengan garpu kemudian tuang semua bahan C. Kukus hingga masak.
6. Sejukkan.

Bahan D :
1. Basuh pulut hingga bersih & rendam dengan pewarna merah selama 1/2 jam. (lg lama rendam lg mudah proses pengukus.
2.  Setelah pulut masak, gaulkan dengan pati santan rata-rata.
3. Kukus semula supaya santan tadi masak. (elakkan pulut senang basi)

HIDANGAN : Potong pulut & kueh ikut citarasa, curahkan air gula & ready untuk dimakan.... 

                 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...