Tuesday, July 19, 2011

2nd For Lorenzo At Sachsenring

Hai... 
korang suka sukan permotoran? kalau lelaki suka normal la tapi kalau perempuan yang suka, lain sikit normal agaknya... anyway entry kali nak cerita tentang sukan permotoran, lagi pun dah terlepas beberapa perlumbaan sebelum ni dan kali ni taknak terlepas lagi. Ahad lepas berlangsung perlumbaan MotoGP di Litar Sachsenring, German. 

Di starting line bagi kategori MotoGP, pole position dihuni oleh cassey storner, diikuti dani pedrosa & seterusnya jorge lorenzo. Seperti selalu, bila lampu hijau dinyalakan... pedrosa begitu bijak melepaskan diri daripada tersangkut diselekoh pertama untuk mengetuai perlumbaan.

Dipertengahan perlumbaan ketika kedudukan diketuai oleh lorenzo, pedrosa berjaya memintas semula di litar lurus & terus mengekalkan kedudukan hingga ke garisan penamat. Manakala dari kedudukan kedua setelah dipintas pedrosa, lorenzo sekali lagi dipintas & kali ini oleh stoner. Hingga ke selekoh terakhir, lorenzo memperolehi peluang berharga yang tidak disia-siakan bagi menduduki tempat kedua dengan memintas semula stoner apabila stoner menekan brek di selekoh terakhir...

Walaupun tempat kedua, lorenzo still the best... goodluck for Jorge Lorenzo & Yamaha Team for the next race at Mazda Raceway, United States on 24 July 2011..

Podium MotoGP Race Classification 2011 in Sachsenring, Germany

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...