Wednesday, July 27, 2011

Chicken Goreng Berempah

Tengok tajuk pun dah yummy...yummy... terliur rasanya... (^__^)v
jom tengok.... 
Bahan-bahannya :-
a) Seekor ayam yang telah dipotong & dibersihkan
b) 1 biji bawang besar
c) 4 ulas bawang putih
d) 2 batang serai
e) 2" halia
f) 1 @ 2 biji telur
g) Garam secukupnya
h) 4 sudu makan rempah kari ayam/daging
i) 1 sudu makan serbuk kunyit @ boleh guna kunyit hidup dikisar dengan bahan-bahan diatas

perap lagi lama lagi sedap...

Cara-cara :-
1. Kisar semua bahan (b-f) diatas tanpa AIR. Sebab dah guna telur JANGAN guna air. Tapi kalau blander susah nak pusing macam tak cukup cecair boleh tambah sebiji lagi telur.
2. Tuang kedalam bekas berisi ayan, masukkan garam secukupnya, rempah kari & serbuk kunyit.
3. Gaul semua bahan tadi & perap selama 1 jam (kalau perap lebih lama lagi sedap).
4. Goreng dengan sejumlah minyak yang bersesuaian (tenggelam ayam).

Note : Masa goreng akan jadi berbuih-buih sebab guna telur tapi yang bestnya minyak takkan tembak menembak..  


0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...