Tuesday, July 19, 2011

Pisang Tanduk Goreng

Assalamulaikum...
Ahad lepas ronda-ronda kat pasar tani cari barang basah... teringin pulak nak makan pisang goreng, niat hati nak cari pisang nangka (dah lama betul tak makan pisang nangka goreng) sekali ternampak pisang tanduk yang kekuningan tu, peh.. terus jatuh cinta... apa lagi terus sambar 2 biji.. ehehehe
Balik rumah terus adun tepung untuk goreng pisang ni.. tepung buat sendiri je tak suka guna yang dah jual siap tu sebab peratus untuk makan minyak tu tinggi..

Bahan-bahannya :-
5 sudu makan tepung beras
3 sudu makan tepung gandum (melembutkan adunan)
2 sudu kfc serbuk kunyit
secubit garam (secukupnya)
air secukupnya

Cara-cara :-
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk.
2. Masukkan air ikit demi sedikit.
3. Kacau dengan pengetuk telur bagi mengelakkan tepung berketul-ketul. (kacau je bukan ketuk tau, kalau terer kacau dengan tangan pun boleh)
4. Kacau hingga larut & adunan tidak terlalu pekat & tidak terlalu cair. 

Taa daaaa.... dah siap goreng, jemput makan...
Selamat Menjamu Selera.. =D

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...