Friday, July 15, 2011

Karipap Oh Karipap

Sejak beberapa minggu lepas rasa nak makan karipap keledek sampai la minggu ni baru la dapat buat... karipap biasa je bukan karipap pusing, tak berapa minat karipap pusing..

Bahan-bahan untuk inti (keledek) :-
1. 3 ketul keledek sederhana besar (didadu)
2. Daging @ ayam (cincang @ dadu)
3. 1 labu bawang besar (cincang halus)
4. 3 ulas bawang putih (cincang halus)
5. Segenggam udang kering (tumbuk hancur)
6. 3 tangkai daun kari (nak mayam halus pun boleh)
7. 1 peket kecil rempah kari daging
8. Gula & garam secukupnya
9. Minyak untuk menumis
10. Air secukupnya

Cara-cara masak inti :-
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari & goreng hingga garing (naik bau & berubah sikit warnanya)
3. Masukkan daging @ ayam, goreng hingga layu.
4. Masukkan udang kering, goreng seketika kemudian masukkan air & keledek.
5. Masukkan daun kari.
6. Pastikan air separas keledek @ cukup-cukup untuk keledek empuk.
7. Apabila keledek hampir empuk (kuah hampir kering), masukkan garam & gula secukup rasa.
8. Hancurkan keledek & biarkan atas kuali hingga inti tak nampak cair.
9. Angkat & sejukkan.

Bahan-bahan buat kulit :-
1. Tepung gandum secukupnya.
2. Minyak secukupnya dipanaskan.
3. Garam & air secukupnya (satukan menjadi air garam)

Cara-cara buat doh :-
1. Tuang minyak panas keatas tepung. Gaul hingga rata. (guna senduk dulu kemudian baru guna tangan)
2. Setelah rata tuang air garam sedikit demi sedikit & ulu hingga menjadi doh licin.
3. Boleh la dicanai & diterap menjadi karipap.

Note :- 
a) Masa masak inti, jangan masukkan garam & gula ketika air masih banyak, nanti bila kuah kering inti jadi terlalu masin @ manis.
b) Karipap tahan beberapa hari jika digoreng setengah masak & disimpan sejuk.

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...