Assalamualaikum...
Beberapa hari lagi nak tiba kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, selepas sebulan nanti berhari raya lah kita... semalam try la buat resipi biskut buah ni... rasanya sedap cuma rupanya tak berapa nak cantik, kali pertama buat belum dapat skill lagi nak membentuk bagi cantik... yang penting rasa dulu kasi tiptop then baru fikir macam mana nak makeup kasi cun... =p
multi rupa, bentuk & saiz yang terhasil tapi rasa tetap sama...
Bahan-bahan :-
a) 250gm buttercup
b) 1 cawan menggunung gula ising / 1 cawan rata gula halus (saya guna gula ising)
c) 3 1/2 cawan tepung gandum
d) 1/2 cawan tepung jagung
e) 2 biji telur kuning shj
f) 1 cawan buah-buahan campuran (boleh tambah ceri merah&hijau dipotong halus)
g) 1 sudu teh baking powder(ayak dengan tepung)
Cara-cara :-
1) Putar butter & gula hingga kembang.
2) Masukkan telur kuning, putar sekejab kemudian masukkan buah-buahan.
3) Masukkan tepung sedikit demi sedikit & gaul hingga menjadi doh.
4) Bentukkan adunan menjadi segi empat panjang seperti kotak gigi (lihat gambar atas).
5) Bungkus dengan plastik (sambil bungkus tu kemas & padat-padatkan).
6) Sejukkan dalam peti ais pada suhu biasa selama 1-2jam.
7) Keluarkan & potong setebal 1cm setiap keping.
8) Panaskan oven terlebih dahulu kemudian bakar pada suhu 150c selama 10min @ hingga masak.
Note : Setiap oven tak sama tahap panasnya so kena adjust sendiri la ikut kesesuaian oven masing-masing... ^^,
0 Br!LL!anT !DeA:
Post a Comment