Wednesday, July 27, 2011

Sup Sotong Simple

Bahan-bahan :-
a) 5 ekor sotong dipotong & dibersihkan
b) 1 ulas bawang besar
c) 2 ulas bawang putih
d) 2" halia
e) Sedikit air asam jawa
f) Sedikit soohun (optional)
g) Sedikit serbuk lada hitam (optional)
h) Garam secukupnya
i) Sedikit minyak untuk menumis
j) Air secukupnya

Cara-cara :-
1) Tumbuk semua bahan (b-d).
2) Panaskan minyak. Masukkan bahan yang ditumbuk & goreng hingga naik bau.
3) Masukkan sotong & goreng sikit hingga layu.
4) Masukkan air asam jawa, soohun & air secukupnya.
5) Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa.
6) Sedia untuk dimakan..

Note : Kalau suka banyak kuah, lebihkan la bawang & halianya supaya kuah tak cair je..


2 comments:

  1. @Rosmawati Yusof : try la kak kim... pd sy mmg kena ngan selera, lg laju mkn nasi brbanding ngan sambal...
    \(^_^)/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...