Wednesday, July 27, 2011

Cek Mek Molek

haii...
antara kueh yang saya suka makan & buat.. rangup diluar manis di dalam..
sangat sesuai untuk minum petang @ buat sarapan pun boleh...

Bahan-bahannya :-
a) 2 ketul keledek sederhana besar (didadu besar-besar)
b) Tepung gandum secukupnya
c) Garam secukupnya
d) Gula sebagai inti secukupnya

Cara-cara :-
1) Rebus keledek  bersama secubit garam hingga empuk.
2) Angkat & toskan airnya hingga kering. Ketepikan (bertujuan biar keledek sejuk).
3) Setelah sejuk, hancur / lenyekkan keledek dengan alat penekan hingga betul-betul hancur.
4) Masukkan tepung sikit demi sedikit & gaul hingga sebati. (agak-agak la, pastikan jangan terlalu banyak @ terlalu sikit tepungnya)
5) Masukkan sedikit gula ditengah kemudian bentukkan ikut citarasa masing-masing.
6) Goreng hingga kekuning-kuningan & sedia untuk dimakan.

Note :- Keledek disejukkan terlebih dahulu baru dihancurkan bertujuan untuk mengelakkan penggunaan tepung berlebihan akan menyebabkan kueh menjadi keras & hilang rasa keledek... senang cerita tak sedap la jadinya... =D

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...