Tuesday, March 6, 2012

Proses Penyediaan Satay

Satay yang telah siap dibakar... nyum...nyum

Bahan-bahan :-
a) 1 kg Daging ros/batang pinang @ Isi ayam
b) 2 Bawang besar *
c)  1 labu Bawang putih *
d) 3 batang serai *
e) 3" Lengkuas *
f) 3" Halia *
g) 2" Kunyit hidup *
h) 350gm gula pasir + gula merah (campur kedua-duanya)
i) 1 1/2 peket rempah kari daging Babas
i) Garam secukupnya
j) Lidi pencucuk
k) Minyak + sedikit air (renjis pada satay)

Cara-cara penyediaan :-
1. Potong daging ikut kesesuaian kemudian basuh, toskan dan ketepikan.
2. Kisar semua bahan bertanda (*)

3. Campur semua bahan yang telah dikisar bersama gula, garam dan rempah kari.

4. Gaul ayam atau daging tadi dengan bahan-bahan yang telah dikisar hingga sebati dan perap selama 2, 3 jam. 

5. Cucukkan pada lidi satay. Pastikan dicucuk tidak terlalu tebal dan rapat.

6. Bakar mengunakan suhu panas yang perlahan dan setelah 3/4 masak, renjiskan campuran minyak & air untuk mengelakkan daging terlalu kering dan keras.  

 
7. Setelah masak, boleh dinikmati bersama kuah kacang dan nasi impit.


Selamat Mencuba!!
v(^__^)v

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...