Tuesday, March 6, 2012

Kuah Satay a.k.a Kuah Kacang

Bahan-bahan :-
a) Kacang tanah
b) Cili kering *
c) Bawang besar *
d) Bawang Putih *
e) Halia *
f) Lengkuas *
g) Serai *
h) Kunyit Hidup *
i) Garam secukupnya
j) Sedikit gula
k) Susu pekat
l) Sekeping asam keping saiz kecil
m) Minyak masak secukupnya untuk menumis
n) Air secukupnya


Cara-cara penyediaan kacang :-
1. Goreng kacang tanah dengan sesedu minyak masak.
2. Setelah cukup masak, sejukkan kemudian buang kulit kacang.
3. Kisar kacang hingga hancur (tapi jangan terlalu halus/kasar) kemudian ketepikan.

Cara-cara penyediaan rempah :-
1. Kisar semua bahan yang bertanda (*) diatas hingga hancur/halus.
2. Panaskan minyak masak kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar tadi, goreng hingga naik bau dan bertukar warna seperti gambar dibawah. 


3. Masukkan air & kacang tanah.
4. Tanah hingga kacang tanah empuk/lembut. (boleh tambah air jika tidak mencukupi untuk lembutkan kacang)
5. Masukkan gula, garam dan asam keping.
6. Setelah semua rasa seimbang, masukkan susu pekat (kuantiti ikut citarasa masing-masing) kemudian angkat.


Sedap dimakan bersama nasi impit dan satay. 


Tips :
1. Pastikan dilebihkan penggunaan minyak ketika menumis untuk memudahkan bahan garing dan kuah menjadi tidak terlalu pekat.

0 Br!LL!anT !DeA:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...