Assalamualaikum + hai... hai...
minggu ni agak kurang post entry baru, tiba-tiba penyakit 'M' melanda >_<... hari ni merajinkan diri jugak untuk menulis sesuatu disini so nak sambung la story morie perihal vacation hujung bulan lepas, kira sambungan untuk Part I la ni... \(^_^)/
Hari ke-3 di Kota Kinabalu....
Seawal jam 0730am dah keluar terus ambik breakfast... kat KK ni harga makanan boleh tahan mahalnya..
Lepas breakfast terus jalan kaki je ke terminal.. naik bus ke likas & turun di depan Likas Square untuk ke KK Wetland Centre...
Dah turun kat Likas Square kena la jalan sikit masuk kedalam... jalannya besar bukan jalan kecik, wetland ni terletak kat belakang taman perumahan mewah sebabnya tengok rumah-rumah area situ semuanya besar..
Dah sampai, lepas bayar tikat masuk.... mari menjelajah...
Dalam ni memang dah siap sedia track pejalan kaki... so jalan je la atas tu...
Ni tempat tinjauan burung-burung... datang la seawal jam 0730 sebab time ni time burung keluar dari tempat persembunyian untuk cari makan... kalau luck memang dapat tengok lagi banyak burung-burung... tapi kena pastikan ada teropong baru nampak kalau tak memang susah nak nampak... jaraknya jauh... kalau takde teropong sendiri don't worry, boleh sewa kat kaunter tiket..
Ketam sepit satu...
Antara hidupan lain yang menghuni kawasan paya bakau ni :-
Biawak monitor... apa kena mengena dia dengan monitor?? hrmm.. =)
Punai Daun...
Ikan belacak... nama lainnya ikan tembakul... ikan ni tak takut kat orang, hampir-hampir nak sentuh dia baru la dia lari itu pun lari dekat je... dah biasa jumpa orang agaknya ikan ni.. ^^,
Ikan tembakul ni tingal kat dalam busut-busut, ada dua mata timbul atas kepala, mata untuk akuatik & daratan...
Menara tinjau... masa ni kawasan menara ni ditutup tapi 2 orang pelancong ni naik je, diorang pengkaji burung rasanya sebab siap dengan buku-buku & nota-nota tentang burung-burung lagi...
Advanture bermula...
Laluan tidak berturap...
Kat sini memang advanture... percaya tak kena lalu kat jambatan yang ditengelami air ni dengan track yang berlopak kat belakang tu... jangan jatuh dah la, tak jatuh pun confirm kotor... track berlopak kat belakang sana tu paling advature~hampir takde tempat kering nak pijak, semuanya air & tanah lembik...
Pihak Wetland pun dah tahu memang confirm kotor so dah sediakan siap-siap paip air untuk kegunaan pengunjung...
Perjalanan keseluruhan meneroka wetland mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah, kurang @ lebih bergantung pada berapa lama tempoh berhenti disatu-satu tempat... Sekitar jam 1130am ambik bas untuk balik semula ke terminal...
Naik bas sekali lagi di terminal untuk ke Muzium, amik bas yang menuju ke Penampang & turun di depan Hospital Queen Elizabeth (jalan bertentang la)...
Dari jalan besar tu kena la jalan kaki sikit, naik bukit sikit macam bukit nak ke KL Tower tu... then baru la sampai kat pintu gerbang ni... actually nak naik teksi pun boleh terus dari KK tapi kos nya berlipat kali ganda la... dah alang-alang datang melancong~gaya bag pakers pun ok jugak... lagi banyak pengalaman yang boleh kita dapat...
Kat luar pintu masuk muzium ni, jumpa pulak bakul gergasi ni... memang giant sungguh >=)
Keluar dari Muzium Negeri terus ke Muzium Warisan... terletak sebelah menyebelah je, masuk percuma je...
Ni kawasan dapur salah sebuah rumah panjang yang ada dalam muzium warisan ni...
Jemput la naik... jangan segan-segan.. (^_^)v
Keluar dari Muzium Warisan dah melepasi waktu tengahari... perut pun menjerit kelaparan, mujur la depan Muzium Warisan ni ada cafe yang dibuka untuk staf-staf & pengunjung muzium... Apa lagi mai menjamu selera la...
menu atas : nasi goreng ayam
menu bawah : nasi goreng ikan masin
ketara perbezaan dua2 nasi goreng ni dengan nasi goreng semenanjung... ehehehe biasa la lain padang, lain la belalangnya.... lain tempat, lain la caranya... =)
Selepas menjamu selera, ambik bas semula untuk balik ke terminal... Badan pun dah letih, terus balik ke bilik.. restttt...
Sekitar jam 1730pm... cadang nak ke Atkinson Clock & Signall Hill..
Ni Padang Merdeka...
Nak ke Signal Hill boleh berjalan kaki @ berkenderaan... kalau nak jalan kaki track pejalan kaki memang disediakan di kiri & kanan bahu jalan... amik masa lebih kurang 15 minit bergantung pada gaya berjalan masing-masing la... kalau nak jalan kaki better waktu petang tak terlalu panas...
Akhirnya sampai jugak... cuaca pun dah mula mendung & hujan dah mula nak turun...
Disediakan 2 tempat tinjauan kiri & kanan... tapi yang tak bestnya banyak bangunan tinggi yang menghalang pemandangan kearah laut & pokok-pokok besar yang dah semakin meninggi mencacatkan lanskap..
Sebahagian dari bandar KK dirakam dari Signal Hill
Turun dari Signal Hill terus ke Atkinson Clock yang terletak kat kaki bukit... Dari jalan besar boleh nampak menara jam ni...
Masa turun dari Signal Hill hujan masih turun renyai-renyai... mujur ada bawa payung... pada sesiapa yang nak travel tu lebih baik bawak siap-siap baju hujan untuk lebih memudahkan pergerakan...
Dari Atkinson Clock terus ke Waterfront... jalan 5 minit di celah-celah bangunan & kedai-kedai terus menuju ke laut...
Tugu dolphin..
Ikan todak... eh ikan malin kot... semua yang ada muncung tajam macam tu semua saya panggil ikan todak je.... ehehehe....
Dari Waterfront terus berjalan ke Pasar Bajau yang terletak dibelakang Pasar Filipina.. untuk malam terakhir kat KK ni pekena ikan bakar la, RM6.00 je harga ikan tu... terus makan kat situ je sebab dah ada disediakan meja untuk pengunjung menjamu selera... ada banyak sangat pilihan makanan laut bakar, pilih je mana berkenan dihati... kat pasar ni harga makanan murah sikit berbanding di kedai-kedai makan...
Ni adalah malam terakhir di KK.... will be continue with Final Episode @ KK...
See u soon!!