Pagi semalam nak intai la budak bertuah ni tido kat mana. Selalunya atas rak kasut, abis tergolek semua kasut ke bawah. Intai punya intai tapi takde pulak nampak. Sekali nampak dia kat tepi kereta, oh... main rupanya ingatkan tido.. =) Eh, benda apa yang dia buat main tu >__<"!!?
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V
~ Laaaaa anak burung!! Oitt Ocean, mana ko dapat anak burung ni? ~
Mula-mula ingatkan anak burung kuning yang sangkut sarang kat lampu liplap liplap depan umah ni. Ingat nak letak balik la tapi bila panjat tengok, eh... ada anak burung dah dalam tu. Baru perasan burung kuning tu paruh panjang tirus tapi baby bird yang budak bertuah ni kidnap paruh pendek. Dah confirm-confirm la bukan anak burung kuning ni.
2, 3 ari lepas burung dalam gemgaman tu terperangkap kat cermin tingkap... baca kisahnya DISINI . Bila perhati betul-betul paruh anak burung ni sama dengan paruh burung yang terperangkap tu. Rasa-rasanya sama species la ni. Tapi mana pulak la sarangnya. Agaknya anak burung ni jatuh dari sarang kot. Takkan la si Ocean ni panjat pokok kot. ~__~
Dek kerana tak dapat dikenal pasti asal usulnya, saya amik la tolong jaga, cian pulak nak dibiar je mesti tak boleh nak survive. Cian jugak kat mak burung ni tercari-cari anak dia. Tengok la sampai bila dia mampu bertahan. Harap-harap biar la sampai dia boleh terbang pergi. Pengalaman baru ni, selalu adopt anak kucing tapi kali ni baby bird pulak.... XD