Haeder Blog Dec 12
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket  photo lyrics_zps43697d5a.png Photobucket

Friday, June 24, 2011

Cucur Udang Bersayur

Buat untuk sarapan pagi @ minum petang sangat sesuai... Makan time panas-panas baru turun dari kuali lagi best...
Bahan-bahan :-
(kuantiti ikut citarasa)
1. Tepung gandum
2. Anak udang / udang kertas
3. 1 labu bawang besar(belah dua & hiris nipis)
4. Daun kucai (potong 1/2'')
5. Taugeh (saya suka letak banyak)
6. Garam halus secukupnya
7. Serbuk kunyit secukupnya
8. Serbuk penaik secukupnya (jangan letak soda bicarbonat)
9. Air secukupnya
10. Minyak untuk menggoreng

Cara :-
1. Masukkan garam, kunyit & sedikit air kedalam mangkuk. Pastikan garam hancur.
2. Masukkan tepung gandum & serbuk penaik. Masukkan air sedikit demi sedikit & gaul hingga adunan rata, tidak terlalu pekat @ cair.
3. Masukkan udang, bawang besar, kucai & taugeh. Gaul hingga sebati.
4. Panaskan kuali & goreng hingga kekuningan.

Note : Kalau letak soda bicarbonat akan wujud tindakbalas kimia menyebabkan adunan menjadi merah ketika digoreng so jangan guna ye.
   


Bergedil Daging / Ayam

Jom layan bergedil... makan gitu best makan dengan nasi pun best..

 Bahan-bahan :-
1. 5 biji kentang saiz besar (saya guna kentang holland)
2. Daging /  isi ayam dipotong @ cincang halus
3. 1 labu bawang  besar dicincang
4. Sedikit serbuk black paper (optional)
5. Sedikit daun bawang & daun sup potong halus (optional)
6. Sedikit garam halus
7. Sebiji telur (untuk salut)

macam mana nak tahu empuk, cucuk dengan garfu
Cara Membuat :-
1. Kupas kulit kentang, potong dadu dan kukus selama 10minit @ hingga empuk seperti dalam gambar.
2. Setelah empuk, angkat ke dalam mangkuk, masukkan garam, black paper & lenyek hingga hancur.
3. Kemudian masukkan daging/ayam, bawang besar, daun bawang & daun sup.
4. Gaul hingga rata & bentukkan bulat-bulat ikut citarasa.
5. Masukkan adunan yang telah dibentuk kedalam peti ais suhu biasa seketika bertujuan mengeraskan sedikit adunan. (kalau nak terus goreng pun boleh)
6. Pecahkan telur & ketuk seperti nak buat telur dadar.
7. Celup begedil kedalam telur & masukkan kedalam minyak yang cukup panas.
8. Setelah sebelah permukaan telah garing terbalikkan sekali sahaja dalam proses menggoreng.

Note : 
1. Jangan goreng terlalu banyak bergedil untuk sekali goreng macam goreng cekodok. (saya masukkan 4 ketul untuk sekali goreng)
2. Jika bergedil bercamtum, jangan cuba untuk pisahkan nanti begedil akan pecah.  
3. Kalau boleh terbalikkan kesemua bergedil serentak.



Thursday, June 23, 2011

Wednesday, June 22, 2011

Tuesday, June 21, 2011

CupCake Buah Vers! M!n!

Last weekend buat lagi cupcake buah tapi kali ni versi mini requested from my big bro... ^__^

check it out Resepinya

Ch!Mot Bers!ram Ch!Tam Lar!

Suatu pagi...
 ChiTam : apehal ko ni pagi-pagi dah lenjun, jatuh longkang pe?
ChiMot : mana ada, mandi la... ko taknak mandi ke, syok tu jakuzi dalam baldi lagi. Baru la bersih & segar..

ChiTam : mandi!! oh tidaakkkk... aku nak jimat air.. =D
ChiMot : tu pasal la ko tak cerah-cerah..

ChiMot : tengok macam aku tiap-tiap minggu mandi, bulan depan gerenti putih... ^__^ 
ChiTam : ceh, piirrahhh... takyah temberang la auta je lebih... kalau dah comot tu comot jugak.. (^3^)

Monday, June 20, 2011

A!skr!m GoRenG

Sebelum ni tengok kat kedai makan orang order aiskrim goreng, timbul tanda tanya macam mana la rupa aiskrim goreng tu agaknya tapi tak penah terfikir plak nak order... tapi tu cerita dulu la, akhirnya buat sendiri aiskrim goreng... yummy...yummy... memang sedap... cara nak buatnya very simple...

perlukan beberapa keping roti gardenia
aiskrim apa-apa perisa satu kotak
scoop aiskrim
plastik bersih
cawan/mangkuk kecik sebagai acuan bagi jadi macam gambar kat bawah ni

Cara-caranya :-
1. Letak 1 scoop aiskrim atas sekeping roti. Nak gelek dulu roti tu pun boleh tapi saya tak gelek pun.
2. Lapiskan sekeping lagi roti atas aiskrim tadi sebagai penutup.
3. Guna cawan @ mangkuk sebagai acuan & tekan keatas roti tadi, lebihan roti ditepi-tepi dibuang @ boleh dibuat puding.
5. Terus masukkan  kedalam peti ais bahagian beku selama beberapa jam. Saya biarkan semalaman.

Cara Mengoreng :-
1. Panaskan dulu minyak hingga betul-betul panas.
2. Keluarkan roti aiskrim & terus masukkan kedalam minyak panas tadi.
3. Goreng hingga nampak kekuningan. Jangan lama-lama nanti aiskrim cair.
4. Angkat & boleh terus dimakan.

macam ni la rupanya aiskrim goreng yang telah siap digoreng... kena terus makan selepas goreng kalau tak nanti aiskrim mencair dah tak best... sangat sedap & lazat.. nyum...nyum... jemput makan ^__^

Black Out Act!v!ty

Ni last saturday punya cerita..
my big bro datang lepak ujung minggu so masa kitorang tengah syok-syok layan ulangan Raja Lawak kat laptop tiba-tiba.... plop!!... BLACK OUT!!! >_<
biasanya tak sampai 2 minit elektrik akan sambung balik tapi ni tunggu punya tunggu tak sambung-sambung jugak, sudahnya amik raket sorang sebatang main badminton depan umah. Daripada jadi ikan bakar dalam umah baik exercise kat luar. Tengok ramai jugak jiran-jiran buat aktiviti kat luar umah, sedap sikit berangin je.. Sampai jam 1900 pun elektrik still tak sambung-sambung lagi, call TNB tanya kenapa, rupanya ada dalam 21 substation rosak dah tentu  amik masa sikit la untuk diorang repair.. 
 Maknanya lambat lagi la elektrik nak pulih, so timbul la unplan aktiviti, daripada dok kat umah bertemankan cahaya lilin, nyamuk & kepanasan baik pegi main bowling sementara tunggu elektrik sambung balik. Cadang nak ke alamanda je tapi mesti ramai orang pegi sana cause kawasan yang terlibat black out pun besar, akhirnya menuju ke Jaya Jusco Seremban2..

sampai JJ dalam pukul 2100, ramai betul orang... weekend la katakan, nasib baik senang dapat parking cause ngam-ngam sampai ada customer keluar kalau tak jenuh la pusing-pusing cari parking. JJ ni weekday pun full manjang. Sampai-sampai terus gi MPH cam biasa la memborong graphic novel... =)

Sampai kat bowling, ramai betul orang tengah enjoy beraktiviti.. terpaksa la tunggu turn cause ada beberapa line buat tournament lagi la waiting list jadi panjang.. sementara tunggu tu layan kerusi ni dulu... ~Rest N Go~

ada ke orang guna kerusi ni sampai 30 minit... ~_~

senarai segala harga...
penantian berakhir, dapat line 14 tapi langsung tak memuaskan.. dengan monitor stuck lagi, kasutnya toksah cerita.. bila mintak saiz 6 ~ tu dia, ni kasut ke apa.. koyak rabak, depan koyak tengok belakang berlubang terus. Patutnya dah lama masuk tong sampah dah kasut tu tapi diorang still guna lagi, memang tak jaga langsung. Kalau korang tengok pun mesti korang tak selera... tak sempat nak snap gambar sebagai bukti cause terpaksa tertinjau-tinjau amik kasut sendiri sebab staff layan tak layan je, mintak 1 kasut then terus blah, kita plak terpaksa panggil-panggil dia last-last amik sendiri je la... rosak mood nak enjoy =(

mula la beraksi

baling jangan tak baling..

straight ye jangan ke laut... =D 

game pertama... 100 pun tak sampai ^^,

game yang kedua pun sama je, masing-masing tak dapat rentak... dah lama tak membowling... ehehe

keluar dalam pukul 2330... lampu dah tutup, parking pun dah kosong... selesai unplanned activity & kesimpulannya ni la first n last main bowling kat sini cause banyak yang tak memuaskan melainkan datang dengan equipment sendiri boleh la...  

Friday, June 17, 2011

Ha! SeNanGnYa DaLam HaT!....

RM40 including postage...

Hai senangnya dalam hati
Sebab nozzle ku tunggu dah tiba
Terasa dunia men 'deco'
Ana yang empunya

Kepada suami ku
Ayang sayang padamu
Kepada dapur ku
I say i lap you

Suami ku merajuk
Pergi ke dapur buat kopi
Kalau tak berjaya pujuk
Ayang bikin roti

Mesti pandai memasak
Mesti pandai mengemas
Tetapi jangan tak reti berhias
Hai nanti suami rimas..

p/s :: selamat mendeco!!



-Ketika Cinta Bertasbih-

Entry lagu buat suami tersayang ~ Azhairi

obses ku terhadap anime, maka vid ini menjadi pilihan.... ^^

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Cinta...

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu

thanks mr google 


Puding Roti Bersos Kastard

Bahan A :-
250ml susu segar
4 keping roti gardenia putih

Bahan B :-
2 sudu besar gula halus
1 1/2 sudu besar butter dicairkan
1 biji telur (dibuang pusatnya)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan untuk sos :-
1/2 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula
Cara-cara :-
1. Koyakkan roti & letak dalam loyang kemudian tuang susu & rendam selama 15 minit.
2. Campur kesemua bahan B, kemudian tuang kedalam loyang yang berisi bahan A.
3. Bakar dengan suhu 150C selama 30minit @ sehingga masak.
4. Masukkan kesemua bahan C & panaskan sebentar dengan api yang perlahan.


**** Setelah puding masak, keluarkan dari oven & sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan kedalam peti ais.
**** Jika tak suka sos kastard, boleh juga dimakan dengan susu cair begitu sahaja..

Rendang Daging Hitam

ni kurang hitam sebab tak letak lebih kicap =)

Bahan-bahan :-
(A)
500 gm daging lembu

(B) ~ dikisar
Cili kering (ikut rasa pedas yg disukai)
2 labu bawang besar 
4 ulas bawang putih 
2" halia
1 sudu besar jintan putih a.k.a jintan halus 
1/2 sudu besar jintan manis a.k.a jintan kasar

(C)
Suku cawan kicap manis @ lebih (kalau nak lebih hitam)
1 sudu besar gula
1/2 cawan kerisik @ ikut citarasa
2 helai daun kunyit (dimayam halus)

Cara Membuat :-
1. Perap daging dengan kesemua bahan kecuali kerisik & daun kunyit selama 1-2jam (lagi lama lagi baik).
2. Tuang kesemua daging yang diperap kedalam kuali bersama kerisek.
3. Masak daging dengan api perlahan tanpa menambah air. Tutup kuali.
4. Tapi jika air telah kering tapi daging masih belum empuk, boleh ditambah air sedikit sahaja hingga daging empuk.
5. Masukkan daun kunyit, garam & masak hingga kering.

p/s :: Makan dengan nasi panas memang terangkat... ^^

Tuesday, June 14, 2011

..::Special Entry For KaMi PeNcInTa KuCiNg a.k.a KPK::..

Entry ni dibuat khas untuk FB KaMi-PeNcInTa-KuCiNg a.k.a KPK.. kepada pencinta-pencinta kucing sekalian alam yang dah join page ni tahniah diucapkan dan pada yang belum, sila la LIKE dengan segera.. anda tidak akan dikecewakan.. trust me.. ^^,

 logo profile rasmi KPK

.::SeLamaT PenGanT!n BaRu::.

Entri ni dibuat khas untuk seorang kenalan lama. 
Sabtu lepas bersamaan 11 June 2011 bertempat di Tapah Road, seorang sahabat lama ku 'Mohd Rashidee' telah selamat mendirikan rumahtangga dengan pasangannya 'Siti Ruzuh'
"semoga kalian berbahagia sehingga keakhir hayat, Amin"

..:: CD & CT ::..

..:: SELAMAT PENGANTIN BARU ::..

Ninja Turtle Ku

Batik & Songket dah makin membesar.. dah almost 10 bulan pun, macam kereta kebal.. masa umur 8 bulan still comel lagi, sekarang ni agak menakutkan... ehehehe.. Songket pun dah nampak improvement kalau tak, dok kenit je saiz nya tak beso-beso..

-saiz terbaru Si Batik & Si Songket-

.:ChiMot & ChiTam:.

Name : ChiMot & ChiTam
Age : 6 month
Place : Backyard

::chitam dalam usaha nak ambush belalang::

Mashed Potato With Gravy

yummy...yummy..
check it out resepinya, makan tanpa gravy pun sedap jugak.. >_<

Wednesday, June 8, 2011

Basic Cupcake

Bahan-bahan :-
1. 250gm butter / margerin
2. 200gm gula kastor
3. 5 biji telur (buang pusat untuk kurangkan hanyir)
4. 240gm tepung naik sendiri
5. 1 sudu besar susu tepung
6. Esen vanilla

Cara-cara :-
1. Pukul butter & gula hingga kembang / putih.
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan telur 1 per 1.
4. Masukkan tepung & susu tepung sedikit demi sedikit.
5. Kacau rata & masukkan dalam cup.
6. Bakar pada suhu 150C selama 15 minit @ hingga masak. (saya guna oven dapur gas)

p/s : adjust sendiri suhu oven sebab oven elektrik & oven dapur gas tak sama suhunya.


Resipi :- Choco Chips Almond Nut CupCake
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...